Uncategorized

Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham

Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham 1


Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham 2

Photo by jonathan romain on Unsplash

Sebagai seorang trader, apakah kunci untuk membuat wang yang konsisten dalam pasaran dari masa ke masa supaya anda dapat menjalani hidup yang sempurna? Jawapannya sangat mudah, lagi lama anda bermain dengan pasaran, lagi banyak perkara yang anda akan belajar.

Malah, lagi lama anda bertahan, maka pasti akan muncul satu peluang yang memberi anda kelebihan dan pasaran kelihatan seakan-akan berpihak kepada anda.

Walau bagaimanapun, kebanyakannya
tidak mampu bertahan lama dan mereka akan menutup akaun pelaburan lebih awal
sebelum keadaan berpihak kepada mereka. Faktor utama perkara ini berlaku kerana
kelemahan dalam menguruskan risiko.

Berikut adalah bagaimana anda mampu
menjana keuntungan dengan menguruskan risiko anda sebaiknya:

  1. Tetapkan satu amaun yang anda mampu hilang. Amaun tersebut akan menjadi penanda aras untuk anda menanggung kerugian. Jadi, sekiranya anda kerugian di bawah tanda aras tersebut, anda masih mampu tersenyum dan berasa lega kerana anda hanya kehilangan wang hangus anda dan bukan kesemua modal.
  2. Cari kelebihan anda dan gunakan sebaiknya untuk mengaut keuntungan besar. Anda hanya perlu mengaut keuntungan yang besar sekali untuk menutupi kerugian kecil yang anda sering alami.

Secara jujur, begitu mudah untuk anda menjana keuntungan tetapi semua itu memerlukan kesabaran kerana setiap kemahiran yang anda belajar akan mengambil masa yang agak lama untuk anda menukarkannya menjadi keuntungan.

Ramai yang berputus asa di tengah-tengah jalan dan hanya mencari peluang untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat sehinggalah akhirnya tiada lagi wang untuk terus bermain dalam pasaran.

Kebanyakan trader juga banyak memberikan tumpuan dan masa mereka kepada
aspek-aspek yang salah dalam perdagangan. Ya, strategi perdagangan, entri
perdagangan, analisis teknikal adalah semua aspek yang penting dan anda perlu
tahu apa yang anda lakukan. Anda juga perlu mempunyai pelan dagangan dan
memahami apa kelebihan anda untuk terus menjana keuntungan.

Namun, perkara-perkara ini sahaja tidak cukup. Anda perlu tahu “bahan api” yang yang betul untuk memastikan “api” anda sentiasa hidup dalam pasaran. “Bahan api” ibarat pengurusan risiko dalam perdagangan.

Anda perlu faham pengurusan risiko yang betul dan betapa pentingnya ia serta bagaimana untuk melaksanakannya dalam dagangan anda. Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan anda sedikit pemahaman itu.

Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham 3

Tips Ringkas Menguruskan Risiko Dalam Perdagangan Saham 4

Komen

komen





Source link