Uncategorized

TNB diniagakan tinggi di Bursa Malaysia susulan cadangan penyusunan semula dalaman

TNB diniagakan tinggi di Bursa Malaysia susulan cadangan penyusunan semula dalaman 1



TNB diniagakan tinggi di Bursa Malaysia susulan cadangan penyusunan semula dalaman 2

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) diniagakan tinggi di Bursa Malaysia pada sesi awal hari ini susulan cadangannya kepada penyusunan semula dalaman yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah syarikat utiliti itu.

Sehingga 9.37 pagi, saham TNB meningkat 26 sen kepada RM13.88 dengan 1.86 juta saham diurus niagakan, menjadikannya syarikat yang mencatat prestasi terbaik dalam kalangan 30 saham berkaitan indeks.

Pada Isnin, TNB mengumumkan penyusunan semula dalaman untuk mengasingkan penjanaan tenaga dan perniagaan runcit kepada RetailCo dan GenCo yang akan mempunyai Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan mereka.

Langkah itu, yang dijangka selesai pada suku ketiga 2020, untuk memberi laluan kepada pembaharuan pasaran.

Pengumuman itu dilihat secara neutral oleh kebanyakan firma penyelidikan berikutan cadangan penyusunan semula dalaman itu dijangka tidak memberi sebarang impak yang ketara kepada pendapatan kumpulan itu dalam tempoh terdekat.

Mereka juga tidak menolak kemungkinan dua entiti penyenaraian berasingan di bawah dua segmen — RetailCo dan GenCo.

Kenanga Research mengekalkan saranan ‘Penilaian Neutral’ dengan harga sasaran (TP) tidak berubah pada RM13.40, Public Investment Bank mengekalkan saranan ‘Neutral’ dengan TP pada RM14.12 manakala MIDF Research mengekalkan saranan ‘beli’ dengan TP tidak berubah pada RM14.40.

Affin Hwang Capital yakin struktur baharu itu dapat membantu mengurangkan kebimbangan mengenai subsidi silang oleh pengawal selia, berikutan entiti baharu itu akan beroperasi sebagai entiti bebas pada masa akan datang.

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan ‘pegang’ dengan TP tidak berubah pada RM14.10.

— BERNAMA





Source link

Related Posts