Artikel Terkini

Top 10 Portal Carian Hartanah di Malaysia Tahun 2019


Hari ini, terdapat puluhan portal hartanah yang bukan sahaja mempunyai senarai hartanah dari pasaran undercon, subsale dan lelong; bahkan juga ilmu hartanah dalam bentuk artikel, infografik dan juga video.

“Fungsi utama portal hartanah adalah menghubungkan anda (pembeli) dengan senarai hartanah idaman anda daripada pemaju.”

Baca : 5 Sebab Hartanah Adalah Pelaburan Terbaik

Untuk itu, kami
sediakan senarai portal hartanah paling popular di Malaysia sebagai panduan untuk
anda yang ingin membuat carian hartanah dan mempelajari sedikit sebanyak ilmu
hartanah.

1. iProperty

Merupakan anak
syarikat REA Group Limited dari Australia dan merupakan portal hartanah paling
popular di Malaysia dengan 3 juta lawatan bulanan oleh pengguna yang
mengunjungi portal ini.

Daripada segi jumlah hartanah yang terdapat di dalam portal iProperty, terdapat hampir 250,000 untuk dijual dan 150,000 hartanah untuk disewa.

Jumlah hartanah
yang banyak terdapat dalam portal ini menjadikan iProperty merupakan salah satu
portal paling popular di Malaysia.

Di antara ciri-ciri menarik yang terdapat pada iProperty adalah anda mampu :-

  • Membuat carian hartanah untuk
    dibeli.
  • Membuat carian hartanah untuk disewa.
  • Membuat tinjauan harga hartanah di
    luar negara.
  • Membaca artikel berkenaan
    hartanah.
  • Mengira kelayakan anda untuk
    membeli rumah menerusi LoanCare.
  • Mencari ejen hartanah berdaftar
    yang sah untuk urusan jual beli hartanah.

2. PropertyGuru

PropertyGuru merupakan pesaing utama iProperty, yang beribu pejabat di Singapura dan menjadi salah satu portal utama carian jual beli hartanah di Singapura.

Bermula pada tahun
2007 di Singapura, oleh dua rakan baik Steve Melhush dan Jani Rautiainen yang
menghadapi kesukaran mencari kediaman idaman mereka di Singapura.

Semenjak itu,
PropertyGuru telah membantu ramai ejen hartanah, agensi hartanah dan juga
pemaju mendapatkan pembeli yang tepat untuk hartanah idaman mereka.

Apa yang menarik
tentang PropertyGuru adalah mereka bukan sekadar membantu anda membuat carian
hartanah dan menyajikan input terkini tentang hartanah, mereka juga membantu
bakal pemohon rumah pertama untuk mengira kelayakan mereka menerusi Home Loan
Calculator.

Konsep forum yang
terdapat pada PropertyGuru telah membantu persoalan ramai bakal pembeli
hartanah dengan persoalan – persoalan mereka yang kritikal.

3. PropSocial

Jika anda gemar mencari informasi yang jujur dan tidak berat sebelah tentang sesebuah kawasan dan projek berdasarkan ulasan dari komuniti, PropSocial adalah portal yang sesuai untuk anda.

Ditubuhkan pada
tahun 2014 oleh IdeaRiverRun Group, PropSocial menekankan akan konsep ulasan
jujur secara terus dari komuniti setempat akan sesebuah kawasan mahupun
hartanah.

PropSocial
mengumpul ulasan dan maklumat dari kawasan kejiranan dan pembeli rumah supaya
bakal pembeli masa depan mampu membuat pilihan yang lebih baik.

Dengan hampir 100,000 jumlah hartanah
untuk dijual dan disewa, PropSocial merupakan portal yang anda wajib kunjungi
untuk mendapatkan segala informasi setempat seperti fasiliti kediaman, keadaan
parkir pada waktu malam dan juga kesibukan trafik pada waktu puncak.

4. EdgeProp

EdgeProp adalah sebuah portal carian hartanah yang membantu anda membuat keputusan akan sesebuah hartanah berlandaskan isu, berita hartanah semasa dengan data dan analisis secara percuma.

Dahulunya dikenali sebagai
TheEdgeProperty.com, Edgeprop.my telah menjadi salah satu daripada portal
hartanah paling berpengaruh dalam industri hartanah di Malaysia dengan memberikan
input yang berguna kepada pengguna portal berkenaan.

Portal hartanah ini dapat disimpulkan
sebagai sebuah portal hartanah yang menawarkan :-

  1. Senarai hartanah
  2. Isu dan berita semasa
  3. Data harga rumah
  4. Kiraan kelayakan harga rumah berdasarkan gaji

Produk yang paling luar biasa daripada EdgeProp adalah projek Fund My Home yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada November 2018 yang lalu, dengan fokus menyelesaikan ketidakcekapan pasaran yang sedang berlaku. Ia menemukan pembeli rumah pertama dan institusi kewangan dan perumahan dengan satu platform yang mudah.

Selain itu,  bakal pembeli rumah hanya perlu membayar 20%
daripada harga rumah dan boleh terus masuk ke rumah tersebut. Oh ya! Tiada
bayaran bulanan dikenakan seperti cara konvensional.

Manakala baki 80% lagi harga rumah akan
disumbang oleh pembiaya yang terlibat yang akan berkongsi pulangan berdasarkan
harga masa hadapan hartanah tersebut kelak.

Baca : 8 Saham Pelaburan Hartanah Di Malaysia

5. StarProperty

StarProperty merupakan sebuah portal hartanah yang menyediakan analisis penyelidikan hartanah, forum dan peta untuk pelaburan hartanah di Malaysia selain daripada senarai hartanah seperti portal-portal sedia ada.

Baru-baru ini, PropWall telah menjadi sebahagian daripada aset StarProperty milik penuh Star Media Group Berhad.

Portal hartanah ini menawarkan isu semasa
dan akan datang hartanah, tips dan strategi hartanah, panduan hartanah dan juga
review kawasan perumahan, pembeli, pelabur dan juga pembeli warga asing di
Malaysia.

Sekiranya anda ingin melabur dalam
hartanah dan ingin mengetahui lokasi yang ideal untuk pelaburan hartanah, anda
boleh dapatkan akses review hartanah gred A seperti Bukit Jalil, Putrajaya,
Jalan Klang Lama, Bukit Bintang, Cheras dan Shah Alam di portal ini.

6. Bumbung.co

Seiring dengan revolusi teknologi 4.0, industri hartanah turut menerima impak positifnya di mana Bumbung menggunapakai teknologi dalam pasaran hartanah.

Bumbung dalam bahasa mudahnya, membantu
ejen hartanah dan pengguna mendapatkan pembeli yang tepat dan hartanah yang
tepat di dalam pasaran semasa.

Dengan 6,000 senarai hartanah di sekitar Lembah Klang, adalah penting untuk ejen hartanah mendapatkan pembeli yang tepat, begitu juga dengan pembeli yang inginkan hartanah idaman mereka.

Bumbung.co membantu pemilik hartanah yang ingin menjual atau menyewakan
hartanah mereka, ejen hartanah yang ingin 
untuk mengiklankan hartanah dan juga bakal pembeli yang ingin mencari
hartanah idaman mereka dan terus mengikat temu janji untuk melihat hartanah
tersebut.

7. Speedhome

Pasti ramai di antara kita yang pernah terlihat billboard Speedhome atau Speedrent di lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang.

Speedhome yang dahulunya dikenali sebagai Speedrent dan diasaskan pada tahun 2015, adalah platform yang menghubungkan pemilik rumah dengan penyewa tanpa mengenakan caj deposit dan pemilik rumah dilindungi insurans daripada Allianz.

Dengan melebihi
3,000 senarai hartanah di dalam Speedhome, bakal penyewa kini mampu untuk
berhubung secara terus dengan tuan rumah tanpa perlu melalui ejen.

Baca : Buat 5 Perkara Ini Sebelum Nak Sewakan Rumah Anda

8. Mitula

Bayangkan Google untuk carian hartanah dan itulah Mitula. Buat pengetahuan anda, Mitula berfungsi sebagai carian enjin untuk hartanah dan terdapat kira-kira 1,316, 294 senarai hartanah!

Apa yang menjadikan Mitula lain daripada yang lain, adalah kerana senarai hartanahnya berhasil daripada rakan kongsi portal lain seperti iProperty, Propertyguru, Sppedhome, DurianProperty, PropWall, Next Property, Property Hunter, EdgeProp, PropSocial dan juga PropertyQueen.

Di dalam portal ini
juga anda mampu melihat graf terkini harga rumah semasa di Malaysia dan juga
harga rumah yang ingin dijual di Malaysia.

Dengan senarai hartanah yang sangat banyak, patutlah Mitula menjadi antara platform utama carian hartanah bukan sahaja di Lembah Klang, bahkan di bandar-bandar besar lain.

Baca : Miliki Hartanah Secara Tidak Langsung Dengan Melabur ke Dalam REIT

9. iBilik

iBilik sudah begitu sinonim dengan rakyat Malaysia yang ingin mencari bilik, homestay dan sewaan jangka pendek.

Dengan senarai hartanah sekitar 100,000 di dalam portal ini, iBilik telah menjadi platform utama di kawasan-kawasan tumpuan seperti Ampang, Bangsar, Cheras, Setapak, Damansara, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Pulau Pinang.

Sama seperti PropWall, iBilik merupakan milikan penuh Star Media Group Berhad dan mempunyai laman sesawang antarabangsa untuk pasaran lain khususnya negara Brunei, Singapura dan Indonesia.

10. Hartabumi

Hartabumi.com adalah sebuah portal carian hartanah yang tidak asing lagi dalam industri hartanah tempatan. Berfungsi sebagai sebuah portal carian hartanah yang mengumpulkan kesemua hartanah berstatus Bumiputera daripada pemaju, ejen hartanah dan juga bank.

Ditubuhkan pada 30
November 2015 bertujuan menangani masalah penjualan dan pembelian hartanah
Bumiputera diantara pemaju, ejen hartanah dan pembeli.

Portal carian
hartanah ini boleh dikatakan antara yang paling unik kerana menawarkan konten
percuma yang terkini melalui artikel, infografik dan video buat bakal pembeli
rumah pertama dan juga untuk mereka yang ingin melabur dalam hartanah.

Dengan pelbagai
jenis senarai hartanah berstatus Bumiputera di seluruh Malaysia, Hartabumi
telah membantu ramai pembeli rumah untuk mendapatkan hartanah idaman mereka
pada harga yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah mereka.

Kempen dan produk
yang paling signifikan adalah kempen HI HOME yang dilancarkan pada Julai yang
lalu.

Hi HOME adalah platform kupasan idea, perbincangan solusi baharu dan pengenalan teknologi terkini bagi membantu kerajaan dalam menangani isu pemilikan rumah di negara ini terutama bagi golongan belia.

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Komen

komen





Source link