Artikel Terkini

Top 10 Unit Trust Patuh Syariah Yang Beri Pulangan Tertinggi Dalam Masa 10 Tahun


Unit Amanah atau Unit Trust adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular di kalangan kita. Ianya merupakan salah satu pilihan pelaburan bagi mereka yang mula nak berjinak-jinak dengan pelaburan.

Bayangkan kalau 10 tahun dulu kita sudah mula melabur bermodalkan RM10,000, dengan pulangan setiap tahun sebanyak 7.25%. Selepas 10 tahun, jumlah pelaburan kita kini berkembang menjadi RM20,136, dan menghasilkan keuntungan sebanyak RM10,136 daripada modal permulaan.

Namun kita harus juga tengok kepada toleransi kita terhadap risiko. Ini kerana ada yang sanggun untuk berdepan dengan risiko yang tinggi, demi meraih pulangan yang tinggi. Biasa dengar istilah ‘High Risk High Return’ kan?

Jom kita tengok senarai Top 10 Unit Trust patuh Syariah yang beri pulangan tertinggi dalam masa 10 tahun:

Tempoh Penilaian: 10 Tahun (sehingga 30/11/2019)

Sektor: Unit Trust Patuh Shariah (Equity, Balanced, Bond)

Jenis Pelaburan: Pelaburan di Malaysia dan luar Malaysia (ASEAN, Asia Pacific, Asia pacific Ex Japan, Greater China, Global, Emerging Countries, Property & REIT, Commodities)

Modal Pelaburan 10 Tahun Dahulu RM10,000

1. Kenanga Syariah Growth Fund (9.43%)

Dana ini dikendalikan oleh Kenanga Investors Berhad dalam kategori dana Equity Malaysia Mid/Small-Cap yang telah dilancarkan pada 29 Januari 2002.

Ianya telah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, dengan catatan pulangan Year To Date sebanyak 15.73% dan keuntungan terkumpul sebanyak 9.43% bagi tempoh 10 tahun.

Sekiranya kita melabur 10 tahun dahulu, kini pelaburan kita berjumlah RM24,624.

2. Eastspring Investments Dana al-Ilham (8.92%)

Di bawah pengelolaan Eastspring Investment Berhad dan berada di dalam kategori Equity Malaysia Large-Cap yang telah dilancarkan pada Ogos 2002.

Catatan prestasi untuk 10 tahun adalah 8.92%, namun keuntungan bagi tiga dan lima tahun tidak begitu memberangsangkan dengan purata 1.96%. Ianya merupakan sejenis pelaburan berisiko sederhana (moderate) mengikut keselesaan market Malaysia.

Sekiranya kita melabur 10 tahun dahulu, kini pelaburan kitia berjumlah RM24.023.

3. Dana Makmur Pheim (8.46%)

Pheim Unit Trust berhad bertanggungjawab mengurus Dana Makmur Pheim di dalam kategori Blendad Balance dan telah tersenarai pada Januari 2002.

Sehingga kini jumlah bersih keseluruhan aset bernilai $30.23 juta USD. Catatan keuntungan dengan purata 8% untuk 3, 5 dan 10 tahun, dengan pulangan Year To Date sebanyak 14.11%.

4. CIMB Islamic Small Cap Fund (8.11%)

Direalisasikan oleh Principal Asset Management Berhad di bawah Equity Malaysia Mid/Small-Cap yang bermula pada April 2003. Mengikut sejarah, dana ini pernah mencecah sehingga 20.97% untuk suku kedua tahun 2013.

Pulangan Year To Date pula telah memberikan keuntungan sebanyak 27.15%.

5. Public Islamic Opportunities Fund (7.85%)

Public Islamic Opportunities Fund di uruskan oleh Public Mutual Berhad, dilancarkan pada Jun 2005, dan berada di dalam kategori Equity Malaysia Mid/Small-Cap.

Jumlah keseluruhan aset sehingga November 2019 adalah sebanyak $202.62 juta USD.

6. Affin Hwang Aiiman Growth Fund (7.33%)

Dengan jenis pelaburan berisiko sederhana (moderate) mengikut keselesaan market Malaysia, ianya diurus oleh Affin Hwang Asset Management Berhad di bawah kategori Equity Malaysia Mid/Small-Cap.

Walaubagaimanapun, dana ini kurang sesuai untuk jangka masa pendek dengan pulangan Year To Date hanya sekadar 3.05% sahaja.

7. Hong Leong Dana Makmur (6.85%)

Diurus oleh Hong Leong Asset Management Berhad, suku pertama 2019 telah mencatatkan prestasi pulangan yang memuaskan dengan 11.44%. Pulangan Year To Date pula mencecah sehingga 25.98%.

8. Public Islamic Asia Dividend Fund (6.73%)

Dana yang diurus oleh Public Mutual Berhad dengan jumlah bersih aset bernilai $257.13 juta USD dan dilancarkan pada April 2007. Ianya mencatatkan pulangan Year To Date sebanyak 10.59%.

Dana ini bagus untuk tujuan pelaburan jangka masa pendek, sederhana dan juga panjang.

9. PMB Shariah Aggressive (6.66%)

Dana ini diurus oleh PMB Investment Berhad di bawah kategori Equity Malaysia Mid/Small-Cap dengan nilai aset bersih berjumlah $61.03 juta USD.

10. RHB Islamic Bond (6.65%)

Ianya diurus oleh RHB Asset Management Sdn Bhd dengan jumlah bersih keseluruhan aset bernilai $47.27 juta USD. Jumlah keuntungan terkumpul selama 10 tahun adalah 6.65%, satu angka yang tinggi untuk pelaburan berbentuk bon.

Sekiranya kita melabur 10 tahun dahulu, kini jumlah pelaburan kita bernilai RM19,037.

Sumber Rujukan: Morningstar

Kena Pandai Pilih Dana

Dana-dana ekuiti Malaysia, sama ada jenis Large-Cap atau Small/Medium-Cap adalah pilihan ramai pelabur unit amanah.

Banyak dana unit amanah dalam kategori ini memberikan pulangan yang baik jika dilihat kepada prestasi setahun 2019.

Sekarang pun kita lebih mudah untuk melabur dengan adanya i-Invest KWSP – Ahli Sudah Boleh Beli Sendiri Unit Trust Dengan Kos Yang Lebih Rendah.

Bagi mereka yang ingin melabur di dalam unit amanah, jemput baca 3 Kaedah Pelaburan Dalam Unit Trust.

Kini ada cara yang lebih mudah untuk melabur hanya dengan aplikasi telefon pintar, tanpa perlu isi borang, tanpa melalui ejen dan mempunyai yuran yang rendah. Jemput baca 7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja (Bonus RM40 Jika Anda Daftar Sekarang).

Komen

komen





Source link