Artikel Terkini

Top Glove Mampu Cecah RM110 Sesaham


Affin Hwang Capital Research mengekalkan penilaiannya terhadap saham Top Glove Sdn Bhd pada harga RM24.82 di mana sasaran tertinggi saham tersebut pada RM46.40.

Affin Hwang Capital Research percaya lonjakan dalam kes Covid-19 di seluruh dunia akan memandu Average Selling Price (ASP) menjadi lebih tinggi dalam tempoh beberapa bulan akan datang dengan permintaan terhadap sarung tangan getah terus meningkat.

Dalam nota yang dikeluarkan kepada pelanggan-pelanggannya pada Isnin (20 Julai 2020), Affin Hwang berkata purata harga jualan (AFP) boleh meningkat sekurang-kurangnya 5% setiap bulan menjelang tahun 2021 seperti panduan (guidance) yang telah diberikan oleh pengurusan syarikat Top Glove.

Tren Kenaikan Harga Top Glove. Sumber: Bursa Marketplace

Piihak pengurusan memberikan panduannya kepada pasaran di mana jangkaan purata harga jualan dinaikkan kepada 25% dari bulan ke bulan daripada 15% sebelum ini.

“Ini adalah kejutan yang positif kepada kami, di mana kami tidak menjangka ASP meningkat lebih daripada 15% dalam tempoh tiga bulan berturut-turut,” jelas pihak pengurusan Top Glove dalam nota yang dikeluarkan oleh Affin Hwang Research.

Ini disebabkan peningkatan penularan koronavirus di negara-negara maju yang mana akan meningkatkan lagi permintaan seterusnya purata harga jualan produk tersebut.

Affin Hwang Research juga percaya ASP boleh meningkat melebihi 5% setiap bulan. Berdasarkan pengiraan mereka jika ASP meningkat 8-10% setiap bulan, ramalan menunjukkan pendapatan Top Glove pada tahun 2021 boleh meningkat kepada 24-42%.

Berdasarkan Price to Earning Ratio (PE) multiple 30x, nilai saham Top Glove berkemungkinan berada di sekitar RM56.20-RM63.60.

Jika ia disandarkan kepada PE multiple 52x, nilai saham Top Glove mampu mencecah sekurang-kurangnya RM110 iaitu peningkatan sebanyak 344% daripada harga semasa.

Oleh sebab itu, Affin Hwang Research menaikkan ramalan pendapatan Top Glove di antara 35% sehingga 310% menjelang tahun 2022.

Dalam masa yang sama pihak Affin Hwang tidak begitu bimbang dengan arahan sekatan oleh Jabatan Kastam Amerika Syarikat dan menjangka ia akan diselesaikan beberapa minggu akan datang.

Walaubagaimanapun, risiko kepada ‘buy-call‘ ini seperti yang dinyatakan oleh Affin Hwang dalam notanya adalah: 1) persaingan yang semakin sengit daripada negara lain; 2) volatility tinggi dalam harga bahan mentah; dan 3) isu buruh yang semakin buruk.

Sumber rujukan:
– Affin Hwang Research



Source link