Artikel Terkini

Tranformasi Kediaman Sub-Sale hasilkan dekorasi gaya mewah namun santai


Penulis: Aan Jamaluddin

INFO KEDIAMAN
Nama pemilik: Dato Najib dan Datin Nita
Jenis kediaman: Banglow
Specifikasi: 5 bilik tidur, 6 bilik air, 1 ruang keluarga, 2 ruang tamu, dapur dan ruang makan
Konsep:
Lokasi: D’kayangan Heights

 

Lebih menarik, rumah sub-sale tiada ‘waiting period’ berbanding rumah baru yang adakalanya menelan masa lebih 3 tahun. Jadi jika anda merancang nak beli rumah yang boleh terus didiami, sub-sale adalah pilihan terbaik. Namun, sebelum berpindah masuk sudah pasti kediaman perlu diperbaiki dan dikemas. Almaklumlah rumah lama, pasti ada kerosakkan paling tidak perlukan cat yang baru untuk membangkit suasana kediaman yang diimpikan menjadi ‘rumahku, syurga ku’.

Seperti yang di lakukan pasangan yang dikunjungi penulis iaitu Dato’ Najib dan Datin Nita. Kediaman yang baru didiami adalah jenis sub-sale. ” Asalnya, kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah. Melihat fasadnya menarik, ia mempunyai elemen yang menarik jika diubah mengikut cita rasa diimpikan,” pemilik memulakan bicara.

 

 

Keseluruhan kediaman ini adalah idea inspirasi Dato Najib yang di peroleh melalui kunjungan ke beberapa hotel tempatan. Walupun di awal perbicaraan pemilik menerang kediaman ini berkonsepkan istana klasik Eropah, zahirnya kini jauh berbeza. Lebih santai dan “homey” berbanding konsep yang terdahulu walaupun penulis tidak pernah melihat binaan terdahulu. Namun, dari apa yang dinyatakan pemilik dapat di bayangkan keadaan sebelumnya.

Antara elemen yang masih kekal dan kelihatan jelas konsep yang dulu dibawa oleh pemilik terdahulu adalah pada pintu kayu yang terletak berhampiran ruang aktif kediaman ini. “Disebabkan rekaanya yang unik, saya mengekalkan pintu ini namun diperketatkan dengan sistem keselamatan,” jelas pemilik.

Memandangkan pemilik seorang usahawan, kediaman ini dilengkapi dua ruang tamu dan setiap satunya mempunyai fungsi dan rekaan yang berbeza. Untuk ruang tamu utama, gaya hiasannya lebih santai dengan konsep english moden. Manakala untuk ruang tamu ke-2 ia digunakan apabila pengunjung menerima kunjungan rakan-rakan perniagaan. Dengan pemilihan rona yang lebih matang, ruang ini dilengkapi sofa kulit chesterfield yang mempu memuatkan lebih dari 6 orang dalam satu masa untuk pemilik berbincang hal-hal perniagaan.

“Bahagian transaksi antara kedua-dua ruang tamu tidak dibiarkan kosong. Sofa single dengan bingkai rona emas membangkitkan lagi aura kemewahan di ruang ini. Ia disediakan untuk menjadi ruang tamu kecil untuk menerima kunjungan santai dari rakan-rakan,” perinci pemilik. Bersebelahan dengan ruang ini, tersedia meja makan yang berupaya menempatkan 10 orang dalam satu masa.

Rekaan meja makan ringkas untuk memberi keseimbangan kepada rekaan chandelier sarat menerangi ruang ini. Cukup sekadar penggunaan cermin untuk kemasan kemeja untuk memberi kesan visual yang lebih menarik dari pencahayaan yang disediakan membangkit gaya mewah yang tidak disengajakan. Elak ruang ini tampil bosan dek pemilihan rona yang terlalu mendatar, dua kerusi wing chair rona biru padankan pada bahagian kanan dan kiri sisi meja.

“Kebanyakkan masa kami habiskan di dalam bilik tidur. Sebab itu, di dalam bilik tidur utama yang bersaiz besar ini lengkap dengan ruang menonton serta meja kerja untuk memudahkan serta memberi keselesaan kepada kami. Tambahan pula, kolam renang mudah diakses dari bilik tidur kami,” tambah pemilik. Melihat rekaan bilik tidur ini pemilik terasa berada di sebuah resort mewah.

 

Dengan dominasi rona putih, bukan sahaja menajdikan bilik tidur ini kelihatan lebih luas malah membentuk ambiance yang santai yang boleh menyebabkan pemilik banyak menghabiskan masa di dalam bilik berbanding ruang lainnya. Tidak cukup hanya disitu, bilik air yang dilengkapi dengan jakuzi diberi kemasan marbel bukan sahaja pada dindingnya malah dinding membuatkan penulis merasakan suasana seolah berada di dalam Hotel Versace yang pernah dikunjungi.

Menuju ke ruang atas kediaman, memperlihatkan perincian dan cita rasa tinggi pemilik. Hand rail yang diperbuat daripada kayu, dipadankan pula dengan baluster cast iron bermotifkan floral. Dinding di ruang tangga yang tinggi dan luas tidak dibiarkan kosong, cukup sekadar penggunaan wainscotting dengan rona putih memberi peluang kepada perincian lain untuk lebih menonjol terutamanya chandelier kristal yang gah memberi pencahayaan di ruang tangga ini.

 

“Bahagian atas ini jarang digunakan. Pada asalnya, aras ini menempatkan bilik tidur bersaiz kecil. Namun diubah suai menjadi empat buah bilik tamu, satu bilik pembantu rumah dan ruang menonton. Setiap bilik mempunyai gaya dekorasi yang berbeza. Yang paling menarik adalah bilik yang direka khas buat arwah ibu tersayang. Pemilihan rona tanah atau natural ditambah dengan percikan kesegaran rona floral menjadikan bilik ini kelihatan lebih tenang. Namun apakan daya, ibu pergi terlebih dahulu sebelum sempat menggunakan bilik ini,” terang pemilk sayu.

Setiap inci memperlihatkan pemilik seorang yang faham dengan apa yang diimpikan. Tiada ruang yang longgar, lengkap perincian namun tidak sarat. Yang menarik mata penulis adalah pada bahagian siling yang diinspirasikan dari hotel yang pernah dikunjungi di Melaka. Penggunaan kayu balau dengan gaya klasik, menyerlahkan lagi gaya kemewahan yang ditampilkan dalam keseluruhan dekorasi.

 

 

Melihat keseluruhan dekorasi yang sempurna, tidak sangka pemilik memperuntukkan tempoh untuk ubah suai keseluruhan kediaman ini. Dek beberapa faktor tertentu, ia menghalang proses ubah suai kediaman ini. Namun, berkat kesabaran dan sifat pemilik yang sangat terperinci setiap hasil menzahirkan sebuah kediaman yang indah buat mereka seisi keluarga membina mahligai bersama.



Source link