Artikel Terkini

Trik Bijak Buat Kediaman 700 Kaki Persegi Nampak Luas Dan Elegan


Kediaman dengan keluasan 700 kaki persegi boleh dikatakan mempunyai ruang yang agak terhad. Mungkin ada yang berpendapat dengan ruang sekecil ini, tidak mungkin kediaman dapat dideko dengan sempurna dan indah.

Tetapi perkara tersebut tidak menjadi penghalang buat pemilk sebuah apartmen yang terletak di bandar Ho Chi Minh ini untuk menatarias kediaman miliknya menjadi sebuah rumah yang ideal.

Ruang utama apartmen dianggap lokasi yang ideal untuk menerima cahaya dari luar. Kelebihan terbesar apartmen ini adalah segenap sudut dan ruang dilimpahi dengan cahaya semulajadi. Di samping itu, cahaya lampu juga memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan keindahan dan perasaan yang selesa buat penghuni kediaman ini.

Selain itu, ruang yang agak bersegi membantu arkitek boleh mengatur dan menguruskan ruang sesuai dengan fungsinya.

Seperti susun atur apartmen yang lain, ruang tamu kediaman ini juga terletak betul-betul bersebelahan beranda. Sambil duduk bersantai diruang tamu, pemilik juga dapat mengagumi keindahan pemandangan luar.

Warna-warna neutral dengan tona yang berbeza digunakan pada setiap ruang menambah suasana nyaman dan selesa. Walaupun mempunyai pilihan susun atur ruang dalaman adalah terhad, pemilik tetap berjaya memaksimakan penggunaan setiap ruang dengan fungsi yang berguna.

Sumber : afamily



Source link