Uncategorized

Trina Solar Lancarkan Empat Siri Modul Baharu, Mulakan Era Baharu Modul Output Tinggi Dihasil Besar-Besaran

Trina Solar Lancarkan Empat Siri Modul Baharu, Mulakan Era Baharu Modul Output Tinggi Dihasil Besar-Besaran 1


CHANGZHOU, China, 25 Mac 2019 / PRNewswire / – Trina Solar, penyedia penyelesaian menyeluruh global yang terkemuka untuk tenaga solar, mengumumkan empat siri modul baharu yang memenuhi keperluan aplikasi PV berbeza dalam pelbagai senario. Dengan menggunakan teknologi bersepadu yang inovatif, output maksima modul siri baharu 415 watt (415W) dalam pengeluaran besar-besaran, mewakili pengkomersialan modul output tinggi yang berjaya.

Empat siri modul baharu termasuk Honey, TALLMAX dalam siri kecekapan tinggi, DUOMAX dalam siri dwi-kaca, DUOMAX Twin dalam siri dwi-sisi, dan Honey black M dalam siri estetik. Siri kecekapan tinggi boleh digunakan dalam pelbagai senario aplikasi seperti projek-projek PV skala utiliti yang dipasang di tanah dan yang teragih. Peningkatan output modul daripada 370W kepada 415W akan membantu mengurangkan kos imbangan sistem (BOS) sebanyak 4.5% hingga 8.5%, dan mengurangkan kos elektrik yang dipuratakan (LCoE) sebanyak 2.5% hingga 4.6%.

Siri dwi-kaca mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dalam keadaan ekstrim, jaminan lanjutan 5 tahun untuk kuasa linear, dan lebih banyak penjanaan kuasa dengan penurunan kuasa yang lebih rendah. Siri dwi-sisi kali ini menghasilkan penjanaan kuasa tambahan sebanyak 5% hingga 30% dari sisi belakangnya, yang mempunyai penjanaan kuasa tinggi di kawasan salji dan lokasi-lokasi penuh berpasir, antara persekitaran refleksi tinggi yang lain. Siri estetika direka khas untuk pasaran kediaman mewah dengan rupa hitam yang direka bentuk secara estetika.

Naib Presiden Eksekutif Trina Solar, Yin Rongfang berkata, “Siri modul baharu ini menerobos sempadan modul output tinggi dalam pengeluaran besar-besaran tatkala industri membayangkannya, dan sesuai untuk senario aplikasi yang pelbagai. Ia kekal utuh berpegang pada legasi jenama untuk menghasilkan modul solar beroutput tinggi, amat andal dengan penjanaan kuasa yang tinggi, memberikan pelanggan kami nilai produk yang lebih tinggi.” Sementara itu, pelancaran siri baharu ini juga disokong oleh keupayaan bekalan yang mantap Trina Solar untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat “.

Modul-modul baharu menyampaikan penyepaduan unik teknologi MBB, dwi-kaca, dwi-sisi dan separuh sel. Kebanyakan syarikat yang berusaha meningkatkan kehadirannya dalam segmen MBB sering kali terhalang oleh kekurangan set kemahiran dan peralatan serta paten untuk teknologi mereka. Trina Solar pula, sebaliknya, telah membangunkan proses MBB canggih yang telah digunakan dalam pengeluaran modul secara besar-besaran sejak Ogos 2017. Syarikat kini telah diberikan 24 paten untuk teknologi yang berkaitan dengan MBB, juga mempunyai alat kimpalan siri sel MBB inovatif generasi pertama China dan jalur pateri bulat yang baharu. Dengan pengalaman mendalam aplikasi teknologi dwi-kaca, Trina Solar, salah satu syarikat pertama yang memudahkan pengeluaran modul dwi-kaca di seluruh dunia, mempunyai 28 paten untuk teknologi dalam bidang ini. Ia juga merupakan syarikat pertama di China yang menerima pensijilan untuk teknologi dwi-kaca daripada TUV dan memulakan pengeluaran besar-besaran. Trina Solar telah menghantar hampir 3 GW modul dwi-kaca di seluruh dunia, yang mendahului rakan seangkatan tempatan.

Pelancaran empat siri modul keluaran tinggi yang baharu ini akan membantu Trina Solar menggabungkan kepimpinannya dan menerima era baharu modul keluaran tinggi yang dihasilkan secara besar-besaran.

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar telah mengembangkan perniagaan ke lebih 100 negara dan wilayah.  Trina Solarmembangunkan modul fotovolta, sistem simpanan tenaga, sistem pintar dan O&M, dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian penyepaduan sistem proprietari untuk pembangunan projek, pembiayaan, reka bentuk dan pembinaan. Menjelang akhir tahun 2017, Trina Solar telah menghantar lebih 30 GW modul fotovolta ke seluruh dunia dan menghubungkan 2 GW projek solar kepada grid di seluruh dunia. Pada tahun 2018, syarikat melancarkan Trina IoT, satu jenama Internet Pelbagai Benda tenaga, dan komited untuk menjadi peneraju global dalam lapangan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.





Source link