Uncategorized

Trump kenakan tarif 10 peratus ke atas AS$300 bilion import dari China



KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terus memberikan tekanan kepada China dengan mengumumkan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke atas baki import dari China yang tidak dikenakan tarif sebelum ini.

Tarif 10 peratus ini akan dikenakan ke atas import China bernilai AS$300 bilion.

Ia dijangka akan berkuatkuasa pada 1 September ini. Tarif ini diumumkan melalui kemas kini twitter Trump yang terbaru.

Presiden Trump menyalahkan China kerana tidak menghentikan jualan ubatan atau dadah jenis Fentanyl ke Amerika dan membeli eksport Amerika seperti kacang soya.

Ironinya, Trump turut berharap China dan Amerika akan meneruskan dialog yang positif berkenaan perjanjian dagangan kedua negara dan berharap hubungan kedua negara akan menjadi lebih cerah.

Kesan tarif terbaru ini dijangka akan dirasai oleh pengguna di Amerika berbanding produk perindustrian sebelum ini.

Ia akan menyaksikan peningkatan harga produk pengguna seperti telefon bimbit dan pakaian.

Tindakan Trump ini mengejutkan pasaran Amerika yang ditutup rendah pada Khamis.

Ia juga diumumkan sejurus selepas wakil dagangan China dan Amerika menamatkan rundingan dagangan pusingan ke 12 di Shanghai.

Trump sebelum ini dilaporkan bersiap sedia untuk mengumumkan tarif tersebut namun ia ditangguhkan selepas pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping pada Jun.

Sebelum ini Presiden Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas import China bernilai AS$250 bilion.

China kemudiannya mengenakan tarif bernilai AS$110 bilion ke atas import dari AS.

Dua gergasi ekonomi dunia ini bertelagah selepas Amerika mendakwa China menggunakan taktik kotor dalam dagangan dengan China.





Source link

Related Posts