Artikel Terkini

Tujuh persediaan sebelum dan semasa berziarah pada 1 Syawal

71589174779 adilfitri - Tujuh persediaan sebelum dan semasa berziarah pada 1 Syawal

rumahibs logo black - Tujuh persediaan sebelum dan semasa berziarah pada 1 Syawal

41589174783 adilfitri - Tujuh persediaan sebelum dan semasa berziarah pada 1 Syawal

SUDAH tentu ramai yang tersenyum lebar dan melonjak kegembiraan selepas mendengar pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad yang membenarkan aktiviti ziarah pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sudah terbayang di fikiran masing-masing rumah saudara-mara dan rakan-taulan yang ingin diziarahi, memandangkan sudah hampir dua bulan berkurung di rumah kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tapi ingat, kebenaran ziarah-menziarahi pada musim perayaan itu masih tertakluk pada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan menjadi tanggungjawab kendiri untuk mematuhinya.

Berikut tujuh persediaan yang perlu dilakukan sebelum dan semasa melakukan aktiviti ziarah pada 1 Syawal:

1) Pastikan tiada sebarang gejala COVID-19 seperti demam, selsema dan batuk pada diri sendiri

Jika ada tanda-tanda itu, lebih baik membatalkan niat untuk keluar rumah dan menziarahi sesiapa kerana ia boleh menjangkiti serta membahayakan kesihatan orang lain.

2) Pastikan tiada warga emas dan bayi di rumah jiran dan ahli keluarga yang ingin diziarahi

Dalam hal ini masing-masing perlu ada keprihatinan kendiri kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat COVID-19 adalah terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit-penyakit lain.

3) Hubungi terlebih dahulu tuan rumah bagi meminta kebenaran untuk menziarahi mereka

Langkah ini bagi memastikan tuan rumah betul-betul bersedia untuk menerima tetamu kerana mungkin tuan rumah mempunyai tetamu lain atau mempunyai gejala ringan yang menyebabkan ia tidak selamat untuk diri kita juga. 

4) Tidak perlu bersalam atau berpeluk ketika berjumpa dengan jiran tetangga dan ahli keluarga

5) Sentiasa membawa cecair pembasmi kuman, topeng muka dan hidung dan kebersihan ketika berada di kediaman tuan rumah.
6) Jaga penjarakan sosial, jangan bersembang lama dan duduk rapat-rapat

Cukuplah sekadar bertanya khabar, menjamah sedikit juadah dan terus balik. Langkah ini memberi peluang kepada tuan rumah untuk membersihkan pingan mangkuk yang digunakan sebelum bersedia menerima tetamu lain.

7) Duit raya? Gunakanlah teknologi sedia ada iaitu perbankan dalam talian kerana ia lebih selamat

Setiap kali tibanya Aidilfitri pasti kanak-kanak antara golongan paling teruja kerana mereka akan menerima ‘habuan istimewa’ iaitu duit raya tetapi adakah selamat pemberian dalam pelbagai sampul berwarna-warni pada musim COVID-19 ini? Sudah tiba masanya untuk menggunakan perbankan dalam talian selain mendidik mereka menyimpan sejak kecil.



rumahibs logo black - Tujuh persediaan sebelum dan semasa berziarah pada 1 Syawal

Source link