Uncategorized

Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines



ISLAMABAD: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuka ruang kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan cadangan bagi menyelamatkan Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Tegas Dr Mahathir, cadangan itu turut meliputi pengambilalihan syarikat penerbangan nasional itu oleh pihak swasta.

“Saya fikir MAB ini memerlukan kajian yang lebih mendalam kerana pendekatan yang dibuat selalu tidak masuk akal.

“Kita kurangkan pekerja 6,000 orang tetapi mengurangkan penerbangan ke banyak tempat.

“Ini bermakna, jumlah kakitangan bagi setiap perjalanan adalah sama. Jadi, kita kena fikir semula termasuk cadangan untuk pengambil alihan oleh syarikat swasta,” katanya pada sidang media bersama wakil media Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata beberapa pihak telah menyatakan hasrat untuk membeli MAB.

Namun, katanya kerajaan akan menetapkan sama ada menjual MAB selain mengelakkan syarikat penerbangan itu terus dibebani hutang.





Source link

Related Posts