Artikel Terkini

U Mobile Menguji Panggilan Pertama Yang Menggunakan Teknologi Holografik Dengan Rangkaian 5G


Tahun 2020 baru sahaja menjelma, banyak syarikat di dunia sudah mula mengorak langkah untuk memperkenalkan teknologi mereka kepada pengguna. Jika sebelum ini panggilan video call melalui telefon pintar menjadi trend kepada masyarakat dunia, kesan daripada teknologi rangkaian jaringan generasi keempat (4G).

Ini terbukti dengan kebanyakan syarikat gergasi dunia teknologi seperti Microsoft dan Facebook telah membina aplikasi yang khusus bagi teknologi 4G untuk video call seperti Skype, Whatsapp dan sebagainya,

Kini dengan pengenalan rangkaian jaringan generasi kelima (5G), panggilan menggunakan holografik akan menjadi kenyataan dan akan diperkenalkan di Malaysia melalui Syarikat U Mobile pada suku tahun pertama 2020.

Syarikat U Mobile yang bekerjasama dengan syarikat dari Singapura, StarHub dan dibantu oleh syarikat gergasi dunia telekomunikasi dari China iaitu Huawei; akan melancarkan tekonologi holografik ini. Kita yang sering melihat teknologi ini didalam filem sains fiksyen terkenal di dunia iaitu Star Wars yang mana teknologi ini sudah menjadi simbol kepada teknologi masa hadapan.

Teknologi ini yang memerlukan rangkaian 5G untuk berfungsi dengan baik. Dengan permintaan yang sedang meningkat terhadap rangkaian perkhidmatan rangkaian 5G, kita dapat lihat kebanyakab rangkaian syarikat telekomunikasi di Malaysia mula menawarkan pakej yang tertentu bagi menarik minat pelanggan mereka menggunakan perkhidmatan 5G.

Filem Star Wars merupakan filem sains fiksyen yang pertama memperkenalkan teknologi holografik kepada orang ramai

Untuk percubaan menggunakan teknologi ini, Singapura dan Malaysia dipilih kerana jaringan perniagaan di antara syarikat Malaysia dan Singapura yang begitu positif; selain kedudukan kedua negara ini yang berjiran.

Syarikat Huawei yang terkenal dengan pelopor penyediaan inftrastruktur rangkaian 5G yang begitu hebat sehingga mencetus kebimbangan pihak barat akan kemampuan teknologi yang dibangunkan oleh Huawei. Kalau nak tahu, Amerika Syarikat telah mengharamkan penglibatan Huawei dalam pembangunan rangkaian 5G untuk negara tersebut.

Vodafone merupakan syarikat terawal memperkenalkan panggilan menggunakan teknologi holografik

Teknologi ini bukanlah yang pertama di dalam dunia kerana sebelum ini, syarikat telekomunikasi Britain Vodafone pernah menguji teknologi ini pada tahun 2018. Mereka telah membuat panggilan ini secara langsung dengan menjemput pihak media bagi menyaksikan sendiri teknologi masa depan.

Vodafone telah bekerjasama dengan gergasi kelab bola sepak England iaitu Manchester City bagi tujuan tersebut. Mereka menggunakan pemain bola wanita pasukan tersebut iaitu Steph Houghton bersama dengan peminat cilik pasukan tersebut, untuk berhubung diantara satu sama lain secara langsung.

Menurut CTO Syarikat U Mobile, teknologi holografk ini bukan sahaja sesuai bagi bidang telekomunikasi tetapi juga sesuai dalam bidang perubatan. Dengan pengenalan teknologi ini kepada bidang perubatan, ia membolehkan para doktor pakar melakukan pembedahan dari jarak jauh tanpa menyentuh badan pesakit.

Jika teknologi ini dapat direlisasikan secara komersial, kita akan melihat bukan sahaja panggilan menggunakan holografik, bahkan setiap hospital di negara ini akan menggunakan teknologi ini untuk kebaikan semua orang.

Sumber Rujukan:



Source link