Artikel Terkini

Ulasan Mengenai Kesan COVID-19 Kepada Ekonomi Malaysia


Pada 23 Mac – 31 Mac 2020 yang lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia telah menjalankan satu kaji selidik terhadap Kesan COVID-19 Kepada Individu Dan Ekonomi.

Hasil dapatan
daripada 168,182 responden ini adalah sangat mengejutkan!

Ditambah pula dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengunjur ekonomi Malaysia pada kadar -2.0% hingga 0.5% untuk tahun 2020 berikutkan impak negatif COVID-19.

Untuk rekod,
ekonomi negara dijangka menguncup 2.9% pada 2020.

Lebih parah apabila
sektor pelancongan yang menyumbang RM86.14 bilion kepada ekonomi Malaysia pada
tahun 2019 terus lumpuh dek penularan wabak COVID-19.

Dijangka 2.4 juta
pekerjaan akan hilang dan sebahagian besar adalah dari sektor komoditi dan
perkhidmatan.

Pendapatan isi rumah akan jatuh RM95 bilion atau 12% sekaligus menyebabkan perbelanjaan pengguna dijangka turun sebanyak 11%.

Apa yang
menyedihkan adalah sebahagian besar industri yang terjejas teruk adalah dalam
segemen perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Buat pengetahuan
anda, 98.5% pernigaan di Malaysia adalah PKS dengan 907,065 PKS berdaftar di
seluruh Malaysia.

Untuk tahun 2016
sahaja, PKS Menyumbang 36.6% daripada KDNK Malaysia!

Kesan Covid-19 Kepada Industri

Berdasarkan data
yang dikongsikan, industri agrikultur turut terkesan dengan wabak pandemik
COVID-19 dengan 21.9% pekerja dari industri ini telah hilang pekerjaan.

Untuk rekod,
kluster perikanan antara yang paling
terjejas dengan 33%
pekerja hilang pekerjaan dan 19% lagi hilang pekerjaan dari sektor perladangan.

Manakala kluster
yang paling kurang terjejas adalah perhutanan
dan pembalakan dengan 11.8%
pekerja hilang pekerjaan.

Industri seterusnya
yang terjejas adalah dari perkhidmatan dengan 14 jenis kluster yang menyumbang
53% daripada KDNK Malaysia pada tahun 2018.

Kluster industri
perkhidmatan yang paling terjejas adalah seni,
hiburan & rekreasi yang menyaksikan 38%
daripada pekerja dalam kluster
industri ini hilang pekerjaan.

Perkhidmatan makanan pula menyaksikan 35.4% orang hilang pekerjaan dan pengangkutan
sebanyak 18.7%
orang hilang pekerjaan.

Kluster yang paling
kurang terjejas adalah dari bahagian informasi
& komunikasi yang hanya menjejaskan 4.4%
orang hilang pekerjaan.

Kesan Covid-19 Kepada Simpanan Kewangan

Data dan statistik
yang dikongsikan menunjukkan satu trend yang menarik kerana simpanan kewangan
rakyat Malaysia rupa – rupanya dipengaruhi oleh jenis syarikat dan tempoh
bekerja.

Simpanan kewangan
ini dipecahkan kepada :-

i. Bekerja sendiri.

ii. Majikan.

iii. Pekerja.

iv. Pekerja GLC. (Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan)

v. Pekerja MNC. (Syarikat multinasional yang beroperasi di negara-negara lain di dunia)

Untuk rekod, 71.4% golongan yang bekerja sendiri
hanya mempunyai simpanan sebulan gaji.

82.7% pekerja mempunyai simpanan
2 bulan gaji dan 77.2% majikan
mempunyai simpanan 2 bulan gaji.

Untuk pekerja GLC dan MNC pula, masing-masing merekodkan 78.9% pekerja GLC mempunyai simpanan 4 bulan gaji dan 75.2% pekerja MNC mempunyai simpanan 4 bulan gaji.

Mereka yang telah bekerja 4 ke 10 tahun mempunyai simpanan kewangan untuk menghadapi COVID-19 sehingga 2 bulan.

Manakala mereka
yang bekerja 21 tahun hingga 30 tahun mempunyai simpanan kewangan yang
mencukupi sehingga 4 bulan.

Kesan Covid-19 Kepada Pendapatan Individu & Industri

Kajian menunjukkan 94.8% daripada golongan yang bekerja sendiri terjejas dengan COVID-19. Rata-rata golongan ini adalah mereka yang menawarkan produk dan servis mereka pada kadar gaji hari.

86.1% majikan turut
terkesan dan 41.1% pekerja swasta
terkesan dengan COVID-19. Ini menyebabkan ramai majikan terpaksa mengurangkan
kos dengan menamatkan kontrak para pekerja dan mengurangkan gaji para pekerja.

Apa yang
menakjubkan adalah hanya 14.2% pekerja
MNC
yang terkesan dengan COVID-19.

Ini mungkin ada kaitan dengan data yang menunjukkan 84.1% daripada mereka yang bekerja di GLC dan 85.2% dengan MNC kurang terjejas dan menerima pendapatan bulanan seperti biasa tanpa sebarang potongan gaji.

Apabila kita
melihat sendiri kesan COVID-19 kepada pendapatan berdasarkan individu, barulah
kita akan faham dan hadam akan tindakan sesetengah majikan yang terpaksa
menamatkan kontrak pekerja dan mengurangkan pendapatan pekerja mereka.

Buat pengetahuan anda,
industri agrikultur mengalami penyusutan
pendapatan sebanyak 70%
kesan dari COVID-19.

Industri perladangan dan perikanan lebih teruk lagi
dengan 72.3% impak penyusutan pendapatan dan 79.1% penyusutan pendapatan
dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Industri pembuatan dan pembetungan pula masing-masing menerima impak penyusutan pendapatan sebanyak 48.7% dan 40.2%.

Seterusnya, kita
beralih pula kepada sektor perkhidmatan yang sekian lama menjadi tunjang
belakang KDNK Malaysia buat semenjak tahun 2014 lagi.

Industri perkhidmatan makanan paling teruk
terjejas dengan 85.9% penyusutan
pendapatan dan industri seni, hiburan
& rekreasi
pula pada angka 75.3%
penyusutan pendapatan.

Kesediaan Jika PKP Dilanjutkan

Ramai pekerja dari semua sektor tidak bersedia sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Golongan bekerja
sendiri adalah yang paling ramai tidak bersedia dengan angka 81.9%. 
Diikuti golongan majikan dengan 71.3%
tidak bersedia dan 65.1% pekerja
swasta.

45% pekerja GLC turut tidak
bersedia andai PKP dilanjutkan dan hanya 36.2%
MNC tidak bersedia.

Apa yang jelas menerusi kajian ini, COVID-19
telah menyebabkan berlakunya ‘new normal’ dalam trend berbelanja rakyat
Malaysia.

Barang asas dan makanan melonjak berbanding
sebelum COVID-19 dan aktiviti hiburan ditangguhkan atau diberhentikan secara
total.

Fokus kebanyakan orang ramai adalah untuk menyimpan bagi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran.

Sumber Rujukan:

Jemput juga baca:



Source link