Uncategorized

Usahawan jadi pencipta peluang pekerjaan – Redzuan

Usahawan jadi pencipta peluang pekerjaan - Redzuan 1



Usahawan jadi pencipta peluang pekerjaan - Redzuan 2

KUALA LUMPUR: Bidang keusahawanan akan memainkan peranan untuk menjadi pencipta peluang dalam merealisasikan sejuta pekerjaan dalam negara untuk tempoh lima tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, lapangan berkenaan sekali gus akan menyumbang pada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Setiap usahawan (akan) menjana pekerjaan untuk empat orang, cabaran kita dalam lima tahun. Kita wujudkan 250,000 usahawan untuk menjana sejuta pekerjaan (atau) mungkin 800,000 (pekerjaan). Itu sasaran kita, mungkin lebih,” katanya semasa sidang media selepas pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030), di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Khamis.

Majlis pelancaran DKN2030 disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, beliau berkata, DKN2030 akan menjadi aspirasi kerajaan untuk mengasaskan kejayaan masa depan negara.

Menurut Mohd Redzuan, kementeriannya akan memantau dengan agensi berkaitan untuk memastikan usahawan baharu kelak mempunyai kualiti dan berdaya maju.

Mengulas isu berkaitan, Redzuan berkata, setiap agensi akan bekerjasama untuk memastikan tiada pertindihan dasar, tugas atau aktiviti pembangunan keusahawanan itu sendiri.

Terdahulu, dalam ucapannya, Redzuan berkata, penzahiran Malaysia sebagai Negara Keusahawanan Unggul 2030 memerlukan kerajaan melihat aspek keusahawanan secara menyeluruh.

Ia termasuk elemen latihan dan pendidikan, melahirkan lebih ramai usahawan berteraskan inovasi, perluasan akses kepada modal dan kewangan dan pembentukan komuniti keusahawanan yang lebih meluas.





Source link

Related Posts