Artikel Terkini

Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia


  • Wahed menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai
  • Pejabat Malaysia berfungsi sebagai hab serantau untuk operasi Wahed Invest di Asia Pasifik
  • Wahed menyokong wawasan Malaysia ke arah kemakmuran bersama dan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dengan memanfaatkan teknologi yang memberi tumpuan kepada Ekonomi Digital Islam

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2019 – Wahed Invest mengumumkan pelancaran platform pelaburan digital Islam pertama di Malaysia. Perkhidmatan pengurusan pelaburan digital Wahed membolehkan pelabur akses kepada portfolio patuh Syariah yang telus, saksama dan bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia pada umumnya untuk menjaga kesejahteraan kewangan mereka.

Pertama kali dilancarkan pada 2017, Wahed Invest berpangkalan di AS, berkembang ke pasaran UK pada 2018 dan merancang untuk melancarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digitalnya merentas rantau Asia Tenggara dari pangkalan serantaunya di Malaysia. Beroperasi di lebih daripada 130 buah negara, Wahed ditubuhkan untuk memenuhi keperluan pelabur yang bijak kewangan serta mereka yang mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai kewangan, menerusi pelbagai pelaburan yang dapat diakses. Di tambah pula dengan pelaburan awal rendah sebanyak RM 100, bersama yuran yang rendah, dan tiada tempoh terkunci, Wahed berharap untuk mengatasi halangan yang terpadat pada pengurusan pelaburan dan portfolio kewangan yang lazimnya dikhaskan untuk pelabur bernilai tinggi.

“Kewangan
Islam adalah salah satu sektor yang paling pesat berkembang di dunia, dan Wahed
telah membolehkan masyarakat Muslim global untuk mengambil bahagian dalam
pasaran kewangan global dengan membuat pelaburan yang mudah diakses dan juga patuh
etika. Sebagai salah satu pasaran modal Islam yang paling maju, Malaysia berada
pada kedudukan yang unik bagi memenuhi keperluan pelabur Asia Tenggara yang
semakin canggih dan mempunyai keperluan yang mendesak, dan membantu mewujudkan
peluang dalam kewangan Islam. Dengan menyediakan cara pelaburan yang baru dan
bijak yang patuh syariah, pelabur kami mempunyai akses kepada pengurus
pelaburan digital yang mempunyai yuran yang rendah, serta jumlah minima akaun yang
lebih rendah,” kata Junaid Wahedna,
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Wahed Inc.

Walaupun Laporan Bank Dunia menyatakan bahawa Malaysia telah mencapai salah satu tahap tertinggi dalam kemasukan kewangan di kalangan negara-negara Asia Tenggara, rakyat Malaysia masih tertinggal dalam hal celik kewangan dan pengetahuan kewangan. Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini oleh Agensi Pengurusan Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melaporkan bahawa satu daripada tiga rakyat Malaysia tidak selesa dengan pengetahuan kewangan mereka, manakala separuh daripada penduduk (52%) mengatakan mereka menghadapi kesukaran menyimpan sehingga RM1,000 untuk waktu kecemasan. Lebih separuh rakyat Malaysia (53%) percaya bahawa pengurusan kekayaan adalah kunci untuk mencapai mobiliti sosial. Walau bagaimanapun, kebanyakan rakyat Malaysia merasa pengetahuan kewangan mereka yang tidak mencukupi telah menghalang mereka dari pengurusan kekayaan yang cekap.

Ketika demostrasi
platform Wahed pada majlis pelancaran, Syakir
Hashim, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pasifik, Wahed Inc
berkongsi,
“Di tengah-tengah hala tuju Malaysia ke arah kemakmuran bersama melalui
ekonomi yang lebih inklusif yang berakar umbikan teknologi dan inovasi, kami di
Wahed terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan akses yang lebih baik untuk
masa depan kewangan yang selamat. Kami mengiktiraf Malaysia sebagai salah satu
pasaran utama kami dan negara yang berada di landasan untuk menjadi pemimpin
dalam Ekonomi Digital Islam yang disokong oleh ekosistem yang berkembang pesat.
Malaysia akan memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan kami di Asia
Pasifik sebagai Hab Serantau untuk operasi kami. Setiap orang mempunyai
matlamat dan aspirasi kewangan yang berbeza, tetapi untuk pelabur yang tidak
berpengalaman atau pelabur kali pertama, kekurangan pendidikan serta peluang
kewangan yang sesuai, ditambah pula dengan ketakutan dan kadang-kadang kesukaran
untuk memahami istilah kewangan sudah cukup untuk menghalang dan menegah mereka
bagi melabur dan mengambil alih kesejahteraan kewangan mereka.”

“Kajian
baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada setiap lima rakyat Malaysia
tidak berjaya menyimpan wang dalam tempoh enam bulan[i].
Melalui Wahed, kami menggalakkan pelabur-pelabur kami untuk menjaga
kesejahteraan kewangan mereka dengan menyediakan alat pelaburan yang lebih
bijak selaras dengan kepercayaan mereka. Kami berhasrat untuk memastikan semua
umat Islam mempunyai akses kepada portfolio pelaburan patuh Syariah yang cekap,
tanpa mengira status ekonomi atau lokasi geografi mereka,” kata Syakir
Hashim.

Pilihan peruntukan portfolio semasa Wahed terdiri daripada pelaburan saham ke AS, saham Malaysia, sukuk (bon Islam) dan emas. Untuk memastikan semua pulangan adalah halal, Wahed mempunyai Lembaga Penasihat Syariah sepenuh masa, yang menjalankan proses saringan yang ketat dan menghasilkan laporan penyucian tahunan (Zakat). Hasilnya, pelabur Islam dan bukan Islam kini mampu melabur tanpa rasa bimbang ke dalam portfolio secara beretika.

Anak-anak syarikat
Wahed Inc dikawal selia oleh beberapa badan yang paling dihormati di dunia
termasuk Suruhanjaya Bursa Sekuriti (SEC) di Amerika Syarikat, Pihak Berkuasa
Pelakuan Kewangan (FCA) di UK, Pihak Berkuasa Pasaran Modal Arab Saudi (CMA) dan
Bank Negara Bahrain (CBB).

Setelah mendaftar,
pengguna boleh membuka akaun pelaburan dengan selamat dalam masa beberapa
minit. Wahed secara automatik akan mencadangkan portfolio untuk setiap pengguna
berdasarkan bagaimana mereka menjawab soalan-soalan mengenai diri mereka
sendiri; dengan mengambil kira keadaan kewangan individu, sikap terhadap
risiko, matlamat pelaburan dan kriteria lain. Model portfolio dikawal selia
oleh pengurusan dana profesional Wahed. Pengguna boleh mula melabur dengan serendah
RM100 dan hanya membayar sebahagian kecil daripada yuran pengurusan
tradisional. Wahed memastikan bahawa pelabur sentiasa mempunyai portfolio
pelbagai, tanpa mengira saiz akaun mereka, justeru itu membolehkan pelaburan
yang efisien untuk pelabur dari semua lapisan masyarakat.

Wahed Invest Menerima Lesen Pengurusan Pelaburan Digital
Islam

Wahed Invest telah berjaya mendapatkan lesen kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan pelaburan digital pertama di Malaysia. Lesen Pengurusan Pelaburan Digital Islam yang diberikan oleh SC akan membolehkan rakyat Malaysia untuk melabur tanpa rasa bimbang dalam portfolio patuh syariah dan beretika.

Mengenai
Wahed Invest

Wahed Invest (“Wahed”) menawarkan perkhidmatan
pelaburan automatik yang direka untuk pelaburan Syariah dan beretika. Di
Malaysia, anak syarikat Wahed Inc; Wahed Technologies Sdn Bhd adalah entiti
berlesen yang beroperasi sebagai Pengurus Pelaburan Islam Digital. Platform ini
akan membolehkan pelabur dari semua peringkat pendapatan untuk melabur simpanan
mereka secara beretika dan cekap.

Untuk makulmat lanjut berkenaan Wahed Invest, layari www.wahedinvest.com


[i] The Star Online. Vital to strengthen financial literacy, say experts. Didapati daripada https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/07/24/vital-to-strengthen-financial-literacy-say-experts. Kali terakhir diakses pada 22 Oktober 2019.

Komen

komen





Source link