Artikel Terkini

Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

cover photo 6 11 06 402767 - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

rumahibs logo black - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?

Itulah yang pemilik akaun fb Puan Syafiqah Syaza ingin tekankan kepada semua penyewa rumah diluar sana. Supaya jangan malas nak menghias atau mencantikkan kediaman walau hanya disewa sementara kerana ianya tidak memerlukan kos yang tinggi pun. Yang penting, perancangan yang teliti dan bijak. Kerana bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih” jelas menggambarkan yang jika benar mahukan rumah yang cantik dan selesa, tak perlu tunggu cukup duit nak beli rumah sendiri pun. Mulakan dengan rumah yang disewa juga sudah memadai.

Terletak di Semabok, Bandar Melaka rumah sewa kampung yang mempunyai 2 bilik serta 1 bilik air ini dihias dengan konsep modern chinoiserie yang menggabungkan warna biru dan putih. Walaupun ruang terhad dengan keluasan 600 kaki persegi, tema itu dapat dizahirkan dengan baik sekali oleh pemilik. Perlu selalu diingat, hiasan dan susuan atur perlu disesuaikan dengan saiz ruang agar tidak nampak terlalu sarat dan serabut.

Mendapat ilham dan idea daripada perkongsian di IMPIANA sendiri, Puan Syafiqah mengambil masa lebih kurang 3 bulan sahaja untuk menyiapkan rumahnya sebelum musim perayaan yang lalu. Berlainan bagi setiap individu, beliau lebih selesa membeli barang online seperti di Shopee kerana mudah dan jauh lebih murah berbanding harga barang diluar sana. Jumlah RM1.5k termasuk perabot ruang tamu yang dibeli di kedai secondhand perabot hotel telah dibelanjakan. Pesan Puan Syafiqah lagi,

Bagi saya, untuk mula menghias kediaman, kena bermula dari rajinkan diri mengemas. Bila kemas, dari situ kita boleh fikir untuk idea dekorasi mengikut citarasa sendiri. Dan bagi saya, untuk menghias tidak perlu barang yang mahal, cukup nampak cantik dan harga berbaloi sudah memadai.

36396989 403203756847202 4636922318545747968 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36372435 403203716847206 2222290600927952896 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36320673 402386250262286 5196842580561625088 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36373740 403203786847199 5189462306328674304 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36363171 403203873513857 6734552348405792768 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36496762 403203743513870 6282681373224337408 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36344264 403203866847191 191878604546637824 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36449950 403203723513872 8286646940976807936 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36316809 402386333595611 2864676958036295680 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

36399730 403203640180547 7430805790203576320 n - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

 

Komen anda



rumahibs logo black - Wanita Ini Hias Rumah Sewa Dua Bilik Kos Hanya RM1500. Hasilnya Puas Hati!

Source link