Artikel Terkini

Wanita Ini Tunjuk Panduan LengkapPaling Mudah Re-Upholstery Sendiri Sofa


Nak reuphostery sofa boleh tahan juga harganya jika di hantar pada pakar. Tapi, Meeracle Mieza tunjuk bahan-bahan yang diperlukan dan cara untuk reuphostery sendiri sofa. Banyak jimat dan yang paling penting, tak memerlukan perkakas atau teknik yang rumit

sebelum dan selepas diy sarung sofa.Saya share sekali lagi cara pembuatanya. Anda boleh buat penambahbaikan mengikut kreativiti masing-masing. Material kain adalah english cotton guna dalam 21 meter atau lebih

Bahan-banan:
Kain
Gunting
Jarum besar
Benang kasar
Jarum peniti
Stapler gun
Dawai kokot

Cara-cara:
1. bahagian depan arm rest
– potong ikut saiz tepi sofa (arm rest) dan lebihkan basi dalam 4 inci
– Lekatkan disofa menggunakan jarum peniti.. rapikan
– Jahit jelujur kesemua bahagian tepi kain
– Gunting sedikit bahagian lengkuk supaya hasilnya rapi lepas jahit nanti. Jangan lupa cabut jarum
peniti selepas jahit

2. Bahagian arm rest
– Potong kain mengikut saiz bahagian lengan kerusi. Lebihkan basi 4 inci depan dan 4 inci belakang
– Lipat kain ke dalam dan rapikan
– Jahit jelujur bahagian lipatan
– staplerkan bahagian bawah yang mengenai kayu sofa

3. Bahagian penyandar
– Potong kain mengikut saiz belakang penyandar sofa. lebihkan basi. Staplerkan bahagian bawah yang mengenai kayu sofa
-rapikan bahagian tepi sofa dengan menarik kain ke belakang jika ada ruang atau selitkan pada bahagian tepi sofa. Staplerkan bahagian belakang yang mengenai kayu sofa.

4. Bahagian kaki depan
– rapikan bahagian tepi sofa dengan menarik kain ke belakang jika ada ruang atau selitkan pada bahagian tepi sofa. Staplerkan bahagian belakang yang mengenai kayu sofa

Kain lebih digunakan untuk membuat sarung kusyen

Tip tambahan: Rapikan bahagian cantuman kain dengan melekatkan tali menggunakan gam kasut



Source link