Artikel Terkini

Zurich General Takaful Malaysia Berhad lantik Nazrul Hisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif


Zurich Malaysia mengumumkan pelantikan Nazrul Hisham Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Zurich General Takaful Malaysia Berhad berkuat kuasa hari ini. Akan melaporkan diri kepada Ketua Zurich Malaysia Stephen Clark, Nazrul bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia perlaksanaan keutamaan strategik Zurich untuk bertapak dengan lebih teguh dalam segmen takaful am di Malaysia.

Seorang pemimpin industri yang berpengalaman, Nazrul mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman menerajui pelbagai peranan strategik dan pengurusan kanan, dimana 12 tahun terkini adalah dalam industri takaful. Sebelum menyertai Zurich Malaysia, beliau bertugas selama lima tahun di Takaful Ikhlas Berhad, bermula sebagai Ketua Pegawai Operasi Perniagaan dan kemudiannya sebagai Ketua Pegawai Operasi menguruskan unit operasi bagi kedua-dua perniagaan takaful keluarga dan takaful am. Selepas penukaran lesen komposit syarikat, beliau mengetuai bahagian jualan dan operasi takaful keluarga dalam kapasitinya sebagai Ketua Pegawai Operasi bagi Takaful Ikhlas Family Berhad.

“Nazrul merupakan calon sesuai untuk menerajui perniagaan takaful am kami berdasarkan pengalamannya yang meluas. Kebolehannya untuk mengenalpasti peluang baru dan penambahbaikan perniagaan, selain keyakinan kuat untuk mencapai kecemerlangan prestasi, saya yakin beliau akan meningkatkan perniagaan takaful am kami ke peringkat seterusnya. Saya teruja untuk bekerjasama dengan Nazrul bagi menjadikan Zurich sebagai salah satu jenama takaful terkemuka di Malaysia, membantu rakyat Malaysia daripada segenap lapisan untuk meningkatkan gaya hidup mereka,” kata Ketua Zurich Malaysia, Stephen Clark.

Nazrul memiliki Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara dan Sarjana Muda Sain dalam Kejuruteraan Perakaunan dan Kewangan daripada University of Hull, United Kingdom. Memulakan kerjaya dalam bidang pengauditan, beliau merupakan Ahli Berkanun bagi Institut Juruaudit Dalaman Malaysia dan pernah beberapa kali menjadi ahli jawatankuasa Persatuan Takaful Malaysia.

Zurich Insurance Group (Zurich) merupakan penyedia pelbagai insurans utama yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran antarabangsa mahupun tempatan. Dengan kira-kira 55,000 orang kakitangan, Zurich menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan hartanah, kasualti serta insurans hayat yang meluas di lebih daripada 215 buah negara dan wilayah. Pelanggan-pelanggan Zurich merangkumi individu, perniagaan kecil sederhana mahupun besar serta syarikat-syarikat multinasional. Kumpulan ini beribu pejabat di Zurich, Switzerland dan telah diasaskan pada tahun 1872. Syarikat pegangannya, Zurich Insurance Group Ltd (ZURN), disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan bertaraf tahap I program Resit Depositari Amerika yang didagangkan menerusi kaunter pada OTCQX. Maklumat lanjut mengenai Zurich boleh diperolehi di www.zurich.com

Zurich Malaysia adalah istilah rujukan kolektif bagi anak-anak syarikat Zurich Insurance Group (Zurich) yang beroperasi di Malaysia: Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan Zurich Takaful Malaysia Berhad. Zurich Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif; membantu individu dan juga pemilik perniagaan memahami dan melindungi diri, perniagaan dan juga asset mereka daripada risiko. Zurich Malaysia mempunyai rangkaian cawangan bersepadu di 40 lokasi dan juga agensi dan saluran pengedaran yang berdedikasi di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Malaysia, layari www.zurich.com.my

Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB) adalah salah sebuah pengendali takaful am terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group dan satu-satunya penyedia tunggal produk takaful am yang patuh syariah dalam kumpulan Zurich. Dengan kepakaran pasaran takaful lebih sedekad, ZGTMB menawarkan perlindungan takaful am yang meluas merangkumi motor, perjalanan, harta benda, kewangan dan peribadi, syarikat kecil hingga sederhana selain perlindungan risiko untuk industri besar. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta sokongan rangkaian cawangan di seluruh negara, ZGTMB komited untuk membantu para pelanggan memahami dan melindungi aset berharga dan perniagaan mereka daripada risiko. Untuk maklumat lanjut mengenai ZGTMB, layari www.zurich.com.my



Source link