Artikel Terkini

10 Cara Ini Mampu Panjangkan Hayat Flower Cut Anda


Jika anda memiliki sejumlah pokok berbunga, apa kata wujudkan kelainan dengan menjadikan ia sebahagian cut flower yang boleh dijadikan hiasan di sudut kediaman anda. Contohnya anda boleh menjadikan kuntuman mawar, bunga kemboja dan lain-lain lagi menjadi elemen hiasan dalam pasu hiasan bersaiz kecil, sebagai penyeri meja kopi ataupun ketika menghidangkan minum petang. Memaksimumkan fungsi tumbuh-tumbuhan di taman bukan sahaja menjana kreativiti sebagai pemilik taman tetapi dalam masa yang sama ia mampu menyerlahkan rupa terbaik tanaman dalam setiap aspek kehidupan sehari-hari.

Kaedah Mengekalkan Kesegaran Cut Flower

  • Bunga dituai ketika ia dalam keadaan segar iaitu sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Elakkan memotong kuntuman bunga di luar waktu ini.
  • Buang daun yang berada di paras paling rendah pada setiap batang. Ini bagi mengelakkan daun ini terendam di dalam air ketika diletakkan di dalam pasu.
  • Potong batang pokok (stem) bunga menggunakan peralatan tajam dan jika boleh lakukan proses pemotongan dengan membawa bekas berisi air di taman. setelah memotong masukkan bunga-bunga tadi dengan segera ke dalam bekas tersebut. Situasi terendam ini dapat menghalang gelembung udara daripada tersumbat di dalam batang.
  • Letakkan bahan-bahan di dalam bekas bersih dengan air suam pada suhu bilik.
  • Sentiasa pastikan cut material berada di dalam air semasa proses menggubah kerana ia akan menghalang pokok bunga tadi kehilangan lembapan melalui proses transpirasi.
  • Sentiasa guna bekas atau pasu bersih yang diletakkan dengan bahan pengawet untuk memanjangkan tempoh kesegaran bunga. Kebiasaannya bunga tanpa pengawet akan bertahan kurang dari seminggu.
  • Gunakan bahan pengawet bunga untuk membekalkan nutrien dan mencegah pertumbuhan bakteria.

 

Pengawet Bunga (floral preservatives)

  • Formula untuk pengawet bunga adalah mudah. Ia terdiri daripada tiga bahan utama iaitu gula (dektrosa, bukan sejenis gula makan). Ia menyediakan sumber tenaga karbohidrat agar bunga boleh menjalankan proses respirasi. Kaedah ini membantu tunas untuk berkembang menjadi bunga.
  • Biocide ( mengawal pertumbuhan bakteria). Tanpa bahan ini, kehadiran gula ke dalam air akan meningkatkan bakteria yang akan menyerang batang(stem) dan memendekkan hayat cut flower
  • Acidifier ( merendahkan pH air dan meningkatkan kadar resapan air). Pengawet bunga komersial boleh dibeli di dalam cecair atau serbuk di kedai bunga. Pastikan anda mengikut arahan tertera sebaiknya. Sebagai panduan jika anda ingin menggantikan bahan pengawet ini dengan bahan sedia ada di rumah, anda boleh menggunakan pencuci mulut Listerine . Satu auns Listerine dicampurkan ke dalam satu gelen air akan menghasilkan kandungan yang tepat sebagai bahan pengawet.

Cara Mengendalikan Cut Flower

  • Tumbuh-tumbuhan berbeza dari segi komposisi dan tabiat pertumbuhan, oleh itu penjagaan dan pengendalian teknik mungkin berbeza-beza untuk setiap spesies. Kenali karakter pokok anda sebelum ia dijadikan cut flower.
  • Elakkan memotong bunga yang masih belum matang kerana struktur sel masih belum berkembang sepenuhnya dan berfungsi untuk menghalang bunga tersebut dari layu.
  • Spesies dengan hayat pendek seperti bunga raya, iris, teratai, dan mawar mestilah dipotong pada peringkat putik dan ia akan berkembang ketika di dalam pasu.
  • Lakukan teknik pemotongan clean cut dan berbucu tajam berbanding potongan lurus dan mendatar, kerana kaedah ini akan melancarkan proses penyerapan air yang lebih baik untuk mengekalkan kesegaran bunga.
  • Kebanyakan cut flower akan tahan lebih lama apabila diletakkan di tempat teduh atau pada suhu rendah. Spesies seperti bird of paradise, orkid, ginger, anthurium dan spesies tropika kebiasaannya tahan lasak pada cuaca panas, tetapi pastikan anda tidak meletakkan pasu berisi bunga-bunga segar ini secara langsung di bawah sinaran cahaya matahari.
  • Buah-buahan segar dan sayuran membebaskan gas ethylene, iaitu sejenis kondisi natural untuk menjadikan buah-buahan tersebut masak dan ranum. Apabila buah-buahan atau sayuran seperti pisang, lobak merah dan epal digabungkan bersama gubahan bunga, gas ini secara drastik akan memendekkan hayat bunga segar ini tadi. Oleh itu pamerkan bungaan segar anda secara solo.



Source link