2. Kelebihan Menggunakan Loan LPPSA

Panduan Mudah: Pembiayaan LPPSA Untuk Penjawat Awam

DOWNLOAD E-BOOK PENUH (36 pages)

Panduan Mudah: Pembiayaan LPPSA Untuk Penjawat Awam

2. Kelebihan Menggunakan Loan LPPSA

2. Kelebihan Menggunakan Loan LPPSA

Tahun 2024 pastinya tahun yang kita jangkakan suasana ekonomi yang mencabar di seluruh dunia dan Malaysia pastinya tidak terkecuali.
Tetapi dalam setiap kesusahan itu, masih ada lagi peluang bagi kakitangan awam untuk terus mencapai impian memiliki rumah idaman melalui pinjaman LPPSA.

 

Kelebihan Loan LPPSA

1. Pinjaman perumahan sehingga 100%
Kelebihan yang paling jelas yang ditawarkan oleh pinjaman LPPSA adalah peminjam boleh menikmati pinjaman sehingga 100% mengikut kelayakan.

 

2. Upah peguam LPPSA boleh diserap ke dalam pembiayaan LPPSA
Kos yuran guaman meliputi yuran dokumentasi akan dibiayai penuh oleh LPPSA tapi tidak termasuk yuran guaman perjanjian jual beli.

 

3. Pengecualian Duti Setem
Dokumen prinsipal SPPSA atau SPPSAi diendorskan pengecualian duti setem tidak seperti pinjaman bank lain.

 

4. Boleh memilih pembiayaan secara islamik atau konvensional
Pelanggan boleh memilih pembiayaan secara islamik atau konvensional semasa memilih jenis pinjaman.

 

5. Kadar keuntungan LPPSA ialah tetap iaitu 4% setahun
Pada 3hb Mei 2023, Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC) Bank Negara Malaysia telah membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus. Ini telah menjadi berita kurang baik bagi semua peminjam bank komersial bagi setiap jenis pinjaman khususnya pinjaman perumahan. Namun, ia tidak memberi impak kepada penjawat awam yang membuat pinjaman LPPSA untuk rumah idaman. Kadar keuntungan yang dikenakan bagi pinjaman LPPSA kekal pada 4% tidak mengikut OPR yang kian meningkat.

 

6. Takaful MRTT melindungi peminjam daripada awal proses pembiayaan (fullcoverage).
Istimewanya takaful LPPSA, pihak pelanggan akan dilindungi oleh takaful MRTT bermula daripada awal tandatangan pinjaman LPPSA sehingga akhir tempoh pinjaman. Ianya sangat penting jika terjadi apa-apa kepada peminjam seperti kematian atau keilatan dalam tempoh jualbeli dan seterusnya.

 

7. Tiada Lock-in Period
Pinjaman LPPSA ini tidak mengenakan Lock-in Period kepada peminjam. Justeru, apabila anda rasa tidak mampu lagi untuk meneruskan pinjaman, anda boleh terus menjual hartanah anda untuk menyelesaikan pinjaman segera.

 

8. Tiada kos tersembunyi
Bagi peminjam LPPSA, tiada sebarang kos tersembunyi yang perlu anda khuatiri. Ini bermaksud apa yang dinyatakan dalam surat tawaran pinjaman, itulah yang akan dibayar oleh peminjam. Tiada caj tersembunyi seperti wakalah dan lain-lain yang akan dikenakan.

 

9. Blaklist CTOS & CCRIS boleh memohon
Kakitangan awam yang ada rekod blacklist CTOS dan CCRIS tidak menjadi penghalang untuk membuat pinjaman LPPSA kerana tiada syarat tersebut dikenakan bagi peminjam.

 

10. Semakan kelayakan sangat mudah iaitu hanya menggunakan kalkulator LPPSA
Seseorang kakitangan awam itu boleh semak kelayakan dengan tepat melalui pinjaman LPPSA kerana ianya standard dan mudah digunakan.

 

11. Umur 64 tahun masih boleh mohon pembiayaan LPPSA
Bagi kakitangan yang sudah lewat usia tetapi masih berkhidmat, anda masih layak membuat pinjaman dengan mengemukakan anggaran bayaran pencen yang disahkan oleh Ketua Jabatan.

 

12. Tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.
Tempoh pinjaman LPPSA adalah maksimum sehingga 35 tahun dan tidak melebihi had umur 90 tahun. Maksudnya jika anda telah berusia lanjut, anda masih boleh membuat pinjaman perumahan.

 

13. Boleh refinancing daripada bank lain.
LPPSA membenarkan kakitangan awam yang ada pinjaman perumahan dengan bank komersial untuk refinance kepada LPPSA dengan syarat cukup kelayakan untuk langsaikan baki pinjaman bank tersebut sahaja.

14. Komitmen kewangan diluar daripada slip gaji tidak menjejaskan kelayakan pembiayaan
Komitmen di luar slip gaji juga tidak menjejaskan kelayakan pinjaman LPPSA kerana LPPSA hanya mengambil kira komitmen dalam slip gaji sahaja.

 

15. Boleh membuat pinjaman bagi pembinaan rumah
Anda ada tanah sendiri dan ingin membuat rumah dengan design sendiri? LPPSA membiayai jenis pembinaan rumah sebegini dengan syarat anda boleh memenuhi kriteria pinjaman seperti melantik kontraktor dan mendapat permit PBT.

 

16. Boleh membuat pinjaman untuk ubahsuai rumah
Ubah suai yang dibenarkan hanya melibatkan penambahan keluasan bangunan sahaja dan dibina di atas lot tanah yang sama.

 

17. Pinjaman adalah sehingga RM750,000.00
Jumlah pinjaman maksimum bagi pinjaman LPPSA sehingga RM750,000.00 sahaja mengikut pendapatan bersih anda.

 

18. Boleh membuat pinjaman bagi pembelian tanah kosong
Pembelian jenis-4 iaitu membeli tanah kosong dibenarkan sehingga 50% daripada kelayakan penuh peminjam. Ini bagi memberi peluang kepada peminjam untuk menggunakan separa kelayakan lagi untuk membina rumah selepas selesai pembelian tanah tersebut.

DOWNLOAD E-BOOK PENUH (36 pages)

Panduan Mudah: Pembiayaan LPPSA Untuk Penjawat Awam

Dapatkan Quotation Anda Sekarang!

BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?

BERAPAKAH KOS BINA RUMAH SAYA?

Kami akan bina rumah berdasarkan budget yang anda tentukan.

KLIK DI SINI

0$

Terima kasih, kami akan hubungi anda secepat mungkin.

Rumah 1 Tingkat Ataupun 2 Tingkat?

Kos ini merangkumi kerja-kerja awalan & pembinaan struktur rumah.

Construction: RM120 psf
Preliminary: RM20,000

Construction: RM150 psf
Preliminary: RM20,000

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Berapakah Luas Keseluruhan Rumah Anda?

Hanya Masukkan Angka, Tanpa Koma ( , ). Contoh: 1000

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Apakah Jenis Pembiayaan Rumah Anda?

Bina rumah lebih mudah dengan pembiayaan kewangan.

Additional Cost: RM4 psf

No Additional Cost

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Anda Perlu Mohon Kelulusan Pelan Bangunan?

Kos ini merangkumi Fee Arkitek, Jurutera & PMC. Kelulusan PBT adalah wajib jika anda menggunakan pembiayaan LPPSA/BANK.

Consultant Fee: RM50,000

No Additional Cost

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Sudah Ada Pelan Rumah Tersebut?

Kami juga ada sediakan servis lukis pelan rumah untuk anda.

Jika upload tergendala, sila hantarkan ke hello@rumahibs.com

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Meter Kekal TNB & SYABAS

Kami boleh bantu untuk mohon meter tersebut (optional)

TNB & SYABAS: RM4,500

No Additional Cost

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Full Spec ataupun Low Spec?

Senarai penuh dan perbezaaan 2 spesifikasi ini akan dilampirkan dalam email anda.

Full Spec: RM49 psf

Low Spec: RM9 psf

Anda perlu buat pilihan sebelum meneruskan

Anggaran Kos Bina Rumah Anda Adalah :

Sila isi butiran berikut. Kami akan hantar quotation & senarai penuh spesifikasi ke email anda.

Ringkasan

Deskripsi Informasi Kuantiti Kos
Discount :
Total :