Artikel Terkini

12 Shopping Mall Yang Bakal Dibuka Di Kuala Lumpur


Kuala Lumpur dengan keluasan 248km² persegi mempunyai populasi anggaran 1.78 juta orang pada tahun 2019 dengan pecahan kaum adalah Melayu (50.59%), Cina (29.03%), India (11.62%), kaum lain (0.72%) dan bukan warganegara (8.04%).

Pusat membeli-belah atau shopping mall cukup sinonim dengan penduduk di Kuala Lumpur yang menjadikannya lokasi melakukan pelbagai aktiviti hiburan, makan dan shopping secara bersendirian atau bersama keluarga dan teman-teman.

Dengan kesejukan penghawa dingin pusat membeli-belah ini, penduduk Kuala Lumpur lebih gemar bersantai dan bersiar-siar di sini berbanding ke taman rekreasi. Ini ada kena mengena dengan cuaca panas lembap yang dialami Malaysia sepanjang tahun.

Data dari Rahim & Co. menunjukkan penawaran ruang runcit pusat membeli-belah setakat tahun 2019 telah meningkat sebanyak 2.4% dari tahun ke tahun dengan penawaran terakhir adalah 33.68 juta kaki persegi.

Manakala ruang runcit yang terisi secara purata di seluruh Kuala Lumpur adalah 83.4% dan kadar sewa ditentukan oleh kawasan tumpuan. Untuk kawasan tumpuan utama, harganya bermula RM20/kaki persegi – RM95/kaki persegi!

Data ini sebenarnya bukanlah satu benda yang kita boleh banggakan kerana sesetengah kawasan di Kuala Lumpur mempunyai terlalu banyak pusat membeli-belah sedangkan ruang runcit belum disewakan sepenuhnya.

“Tahukah anda, Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak pusat membeli-belah berbanding bandar di Eropah dan Amerika Syarikat.”

Kenapa Terlalu Banyak Pusat Belah Di Kuala Lumpur?

Hal ini kerana, sebuah pusat membeli-belah dengan keluasan sewaan runcit 1 juta kaki persegi mampu menghasilkan keuntungan sewaan kasar RM100 juta setahun.

Jumlah keuntungan ini adalah jauh lebih banyak berbanding jualan unit kediaman!

Untuk rekod, NAPIC mencatatkan jumlah pusat membeli-belah meningkat daripada 105.4 juta kaki persegi pada tahun 2008 kepada 167.1 juta kaki persegi pada tahun 2018.

Hari ini, pemaju hartanah telah mula membina pusat membeli-belah dengan konsep Transit Oriented Development (TOD) dan bukan sekadar pusat membeli-belah semata-mata bagi mengelakkan kerugian besar akibat kegagalan untuk memenuhkan ruang runcit sedia ada.

“TOD merupakan sebuah projek pelbagai yang merangkumi unit kediaman, pusat membeli-belah, ruang pejabat dan pusat rekreasi.”

Realiti hari ini menyaksikan pusat membeli-belah dilihat semakin tidak relevan dengan niat asal pembinaannya yaqni sebagai pusat menghubungkan pelbagai jenama untuk pembeli membeli produk atau mendapatkan servis.

Peningkatan trend pembelian secara digital juga telah menyaksikan Parkson sebagai penyewa terawal Suria KLCC telah menghentikan operasinya selepas 2 dekad menjadi jenama utama di Suria KLCC.

Di samping itu, Ali Baba selaku syarikat gergasi e-Commerce dunia telah membuka hub fizikal di MyTown, Cheras.

Contoh pusat membeli-belah yang terbaik dengan penawaran produk/servis mewah di Kuala Lumpur adalah Suria KLCC dan Pavilion.

Pusat membeli-belah seperti 1Utama, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Midvalley Megamall, MyTown dan IOI City Mall mempunyai paling ramai pengunjung setiap tahun.

Jom kita tengok pula 12 shopping mall yang bakal dibuka di Kuala Lumpur tak lama lagi.

1. Datum Jelatek Mall

Lokasi : Taman Datok Keramat, Kuala Lumpur

Keluasan : 491,484 kaki persegi

Tahun Siap : 2020

Pemaju : DatumCorp International Sdn Bhd

2. The Era Duta North

Lokasi : Segambut, Kuala Lumpur

Keluasan : 277,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2020

Pemaju : JKG Land

3. MET 1 (Lifestyle Mall)

Lokasi : Kompleks Kerajaan, Kuala Lumpur

Keluasan : 81,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2020

Pemaju : Naza TTDI

4. Lifestyle Quarter Mall @ TRX Tun Razak Exchange

Lokasi : Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Keluasan : 1.3 juta kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : Mulia Group

5. The Quartz

Lokasi : Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Keluasan : N/A

Tahun Siap : 2021

Pemaju : Beverly Group Sdn Bhd

6. KL118

Lokasi : Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur

Keluasan : 900,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd

Lokasi : Jalan Raja Muda Abd Aziz

Keluasan : 200,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : M101 Group

Lokasi : Bukit Bintang

Keluasan : 1.4 juta kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : BBCC Development Sdn Bhd

9. Bukit Bintang Plaza (Pembangunan Semula)

Lokasi : Bukit Bintang

Keluasan : 300,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : UDA Holding Berhad

10. 8 Conlay

Lokasi : Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Keluasan : 200,000 kaki persegi

Tahun Siap : 2021

Pemaju : KSK Group Berhad

11. Pavilion Damansara Heights

Lokasi : Damansara Heights

Keluasan : 1 juta kaki persegi

Tahun Siap : 2022

Pemaju : Pavilion Group

12. Oxley Tower

Lokasi : Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Keluasan : 257,801 kaki persegi

Tahun Siap : 2024

Pemaju : Oxley Holdings

Supply Lebih Daripada Demand?

Adalah tidak salah untuk pemaju hartanah membangunkan projek-projek komersial mewah. Akan tetapi, biarlah projek komersial tersebut setanding dengan permintaan semasa pasaran.

Memandangkan pemilikan hartanah di kalangan B40 dan M40 masih lagi menjadi isu nasional, ada baiknya pemaju hartanah swasta membangunkan lebih banyak projek kediaman di bawah RM300,000 dengan fasiliti seperti gelanggang futsal dan tempat riadah.

Apabila pusat membeli-belah yang dibina gagal disewakan, bukan sahaja pemaju hartanah yang rugi, bahkan institusi kewangan yang menawarkan bridging loan dan end financing turut rugi!

Sumber Rujukan:



Source link