Uncategorized

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung 1

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung 2

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 30 peratus pesakit diabetes di negara ini turut mengalami masalah kegagalan jantung, sekali gus meningkatkan risiko kematian awal, kata Pakar Perunding Kardiologi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Madya Dr Sazzli Shahlan Kasim.

“Risiko kegagalan jantung dalam kalangan pesakit diabetes adalah antara tiga hingga lapan kali ganda lebih daripada mereka yang tidak menghidap diabetes, disebabkan keadaan paras gula tinggi, berat badan berlebihan, tekanan darah, tabiat merokok, kadar kolesterol tinggi dan senaman yang kurang.

Menurut Dr Sazzli Shahlan kegagalan jantung itu melibatkan dua kategori iaitu otot jantung menjadi lemah (HFrEF) dan otot jantung mengeras (HFpEF).

Bagi kebanyakan kes melibatkan pesakit diabetes, otot jantung menjadi lemah bukan disebabkan salur darah tersumbat seperti yang selalu dialami oleh pesakit jantung biasa, sebaliknya disebabkan paras gula dalam darah yang tinggi sehingga menyebabkan otot jantung mengeras sekali gus menjadikan jantung pesakit lemah.

“Apabila paras gula dan bilangan protein ‘advanced glycation end products'(AGEs) adalah tinggi, jantung akan mula mengeras sekiranya pesakit berjalan dengan laju, menaiki tangga, menghadapi tekanan dan demam.

“Malah bagi sesetengah kes, paras gula yang tinggi akan menyerang saraf di sekeliling jantung sehingga menyebabkan saraf itu mati (tidak berfungsi) dan apabila jantung mula sakit, pesakit tidak dapat merasainya,” kata beliau.

Justeru bagi mengelakkan masalah kegagalan jantung, pesakit diabetes diingatkan supaya membuat pemantauan berkala dan mengawal faktor risiko dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan seimbang.

Dr Sazzli Shahlan turut menekankan pengambilan kalori yang rendah dan meningkatkan pengambilan fiber bagi mengurangkan keradangan kimia, sekaligus merendahkan risiko diabetes dan kegagalan jantung.

Sementara itu Anggota Tetap NADI Prof Datuk Anuar Zaini Md Zain mencadangkan kerajaan memberi fokus kepada pengurangan indeks glisemik dan rendah karbohidrat dalam semua industri makanan bagi mengurangkan risiko diabetes di kalangan rakyat.

Malah beliau mahu kerajaan mengawal harga pasaran bagi makanan yang mempunyai indeks glisemik dan karbohidrat rendah yang selalu dijual pada harga lebih mahal.

“Ketika ini rakyat membelanjakan kos lebih tinggi dalam mencari makanan sihat, apabila pengeluar produk makanan ini menaikkan anggaran 20 hingga 30 peratus harga bagi makanan sihat.

“Namun budaya sihat ini menjadi kekangan untuk diteruskan dalam kalangan rakyat disebabkan kos perbelanjaan yang meningkat,” katanya.

Sehubungan itu beliau menggalakkan pemain industri terlibat sama dalam menggalakkan pemakanan sihat dan mengurangkan harga makanan sihat sebagai tanggungjawab sosial korporat masing-masing.

Source link

Uncategorized

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung 3

30 peratus pesakit diabetes alami masalah kegagalan jantung 4