Uncategorized

4 Material Terbaik Untuk ‘Backsplash’ Anda

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 1


Backsplash atau kemasan dinding pada bahagian belakang sinki adalah satu perkara yang selalu kita pandang remeh ketika dalam proses renovasi rumah khususnya di dapur. Fungsi utama backsplash adalah bagi menghalang dan mengelak dinding dari terkena air seterusnya mengotorkan bahagian tersebut. Ia tidak perlu terlalu dominan dan menyakitkan mata, namun jika ia terlalu hambar, anda pasti akan tertanya-tanya mengapa ruang dapur anda kelihatan kusam…

Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, di sini IMPIANA kongsikan  beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut ;

1.KOS 

Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan

2.GAYA

Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep

3.KETAHANAN

Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang

Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality. Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!

Di bawah merupakan 4 material pilihan IMPIANA untuk backsplash :

Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 2

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 3

Batu Marmar
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 4

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 5

Stainless Steel
Material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 6

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 7

Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatile dan mudah disesuaikan dengan konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 8

4 Material Terbaik Untuk 'Backsplash' Anda 9

 

 

 

 

 

Komen anda





Source link