Artikel Terkini

5 Kelebihan Membeli Kediaman Sub-Sale Yang Anda Perlu Tahu


Secara amnya, rumah subsale membawa maksud rumah secondhand, atau kediaman yang sedia ada dan sudah pun mempunyai pemilik lain sebelum pembeli baru.

Ramai yang berpendapat membeli hartanah subsale memerlukan kos yang banyak untuk dibaikpulih agar keadaan rumah nampak seperti yang baru. Namun begitu, dalam pada kita nampak keburukannya, kenapa tidak kita melihat kebaikannya pula?

Kebaikan Membeli Rumah Subsale di Malaysia?

LOKASI LEBIH STRATEGIK

Kalau kita lihat kepada hartanah yang baharu. kebanyakannya terletak di lokasi yang hebat-hebat, tetapi pasaran hartanah Subsale masih lagi mampu menyainginya kerana kebanyakan pembangunan baru dibina di bandar-bandar satelit.

Sebagai contoh, Petaling Jaya merupakan bandar satelit bagi KL, dan Kota Damansara adalah bandar satelit bagi Bandar Utama. Meskipun harga pasaran hartanah di Petaling Jaya tidaklah setinggi di KL, sudah pasti anda masih boleh untuk mencari hartanah di Bandar Utama yang jauh lebih murah berbanding di Kota Damansara.

Jadi anda boleh mendapatkan rumah yang bagus pada harga yang lebih rendah sebenarnya dengan membeli Rumah Subsale.

PEMBANGUNAN

Kepelbagaian pembangunan yang sedia ada disekeliling menjadi salah satu kebaikan membeli rumah Subsale, seperti adanya sekolah, taman rekreasi, masjid atau mungkin shopping mall yang berdekatan.

Kebanyakan orang lebih prefer dengan pembangunan yang dah ada depan mata, yang mana memang benda tu dah pasti dan sedia ada. Jadi anda akan lebih percaya dengan kawasan yang anda beli tu. ‘What you see is what you get’.

Kenapa saya kata begitu? Mana taknya. Ada segelintir yang hanya ‘indah khabar dari rupa’. Signboard di sana sini mengatakan ada pembinaan seperti Taman Jepun dan Taman Rekreasi. Sudah bertahun-tahun dan pun berlalu, hanya rumput dan lalang saja yang tumbuh. Tak ke sedih tu.

KENALPASTI KEROSAKAN

Sering kali apabila anda membeli hartanah baru, ada kemungkinan bahawa pemaju menggunakan kurang bahan berkualiti yang mencukupi dan akan mengakibatkan cat retak dan siling bocor dalam masa kurang dua tahun.

Namun begitu, jika anda membeli rumah Subsale, rumah tu akan ada cukup masa matang yang mana anda boleh lihat mana kerosakan yang berlaku semasa sesi viewing. Misalnya siling bocor sebagai masalahnya, anda akan dapat lihat cat bengkak. Jika dinding retak sebagai masalahnya, anda akan dapat melihatnya dengan mata kasar anda.

Jadi semuanya anda dapat nilai terlebih dahulu sebelum membeli.

KENALI JIRAN

Bayangkan, anda dah beli rumah idaman anda, anda masuk dengan happy sekali. Tiba-tiba anda baru tahu yang anda dapat jiran yang suka pasang lagu kuat-kuat, jenis yang kuat bergaduh dan suka buang sampah merata-rata.

Ini akan jadi satu mimpi ngeri buat anda. Apa yang boleh anda buat ialah buat laporan pada pihak pengurusan jika anda tinggal di rumah strata titled atau call polis je kalau kejiranan anda buat bising lebih daripada pukul 12 tengah malam, tapi ini bukanlah point tepatnya. Sebenarnya tak perlu pun buat semua ni. Sebab apa?

Sebab itulah kebaikannya membeli rumah subsale. Anda tak suka dengan suasana kawasan kejiranan sebegini, anda boleh cari rumah subsale yang lain.

TIADA KELEWATAN

Selalunya ada risiko pelancaran perumahan baharu yang tidak memenuhi tarikh akhir mereka. Dan ada juga kes yang pemaju menghilangkan diri meninggalkan projek tersebut secara terbengkalai. Oleh itu, dengan membeli rumah Subsale atau pembinaan yang dah selesai ni, anda dah tak payah nak fikir banyak, sebab produknya dah memang ada dan wujud. Hanya perlu mainkan peranan sebagai tuan tanah je untuk langkah seterusnya.

Kesimpulannya
Itulah antara kebaikan yang dapat diperoleh hasil membeli rumah subsale. Perlu diingat, setiap pembelian rumah pasti ada ‘pros and cons’.

Setiap individu juga ada pilihan dan citarasa masing-masing. Semuanya terpulang pada anda dalam menentukan pilihan yang terbaik buat diri.



Source link