Uncategorized

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih “Wallpaper” Yang Sesuai Untuk Kediaman

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 1


Jika dulu dinding dengan kemasan wallpaper dikategorikan sebagai mewah. Tapi dengan kehadiran kedai-kedai deko yang super murah, wallpaper kini mampu dimiliki semua orang. Tapi bila dah murah, jangan lah excited nak beli sampai tak ambil kira kesesuaian. Kalau tidak ada design yang bersesuaian, dinasihatkan  tidak perlu beli kalau tak kediaman anda kelihatan seperti sebuah gua yang usang.

Selain itu juga, terdapat beberapa tip mudah untuk memastikan impak wallpaper yang dibeli bersesuaian dengan kediaman anda. Antaranya ialah:

Tip #1: Warna
Suasana bilik boleh dipengaruhi oleh warna. Kalau mahukan ruang besar dan siling pun nampak tinggi, pilih corak yang latar belakangnya warna lembut seperti putih, cream, biru muda, ungu lembut,kelabu lembut pendek kata yang sejuk. Warna-warna sebeginii boleh buat kita rasa tenang dan santai.

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 2

Tip #2: Pengcahayaan
Cahaya boleh dibentuk dari wallpaper. Macam mana tu? Kalau bilik tiada tingkap, pilih lah wallpaper yang boleh beri kesan pantulan cahaya seperti wallpaper yang bercorak cerah dan ada warna metalik, boleh juga yang colourful. Corak wallpaper yang halus juga boleh memantulkan cahaya. Jika bilik kecil, elakkan guna wallpaper yang gelap dan ada tekstur.

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 3

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 4

Tip #3: Pilih gaya yang sesuai
Kadang-kadang ada rumah yang mempunyai ruang tertentu seperti ruang makan, ruang formal, ruang keluarga, ruang terbuka, Untuk ruang formal, corak yang skala besar dengan warna dramatik lebih sesuai. Jika ruang terbuka, corak motif kecil boleh digunakan.

Tip#4: Serlahkan ruang
Bagi menampakkan ruang lebih tinggi, gunakan wallpaper corak belang dan menegak. Corak melintang pula akan menjadikan bilik lebih lebar. Corak kecil akan jadikan bilik lebih luas manakala corak besar boleh memberi impak lebih privasi.

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 5

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 6

Tip #5: Suai padan dengan bijak
Bilik tanpa corak lama-kelamaan nampak agak bosan. Tapi bilik yang terlalu bercorak pun boleh buat serabut mata memandang. Jadi kalau nak pilih wallpaper yang corak bunga atau petak, guna corak dengan warna yang sama. Contoh bunga ada elemen biru muda, bahagian corak pun mesti lah ada warna tersebut. Jangan dicampur aduk dengan warna pelbagai.

5 Tip Wajib Guna Masa Pilih "Wallpaper" Yang Sesuai Untuk Kediaman 7

 

Komen anda





Source link