Uncategorized

6 cara jual hartanah berisiko semasa pasaran merosot

6 cara jual hartanah berisiko semasa pasaran merosot 1


Dah jadi lumrah manusia. Kita tak pernah lari dan sentiasa berkelubung dengan kesilapan.

Dan ini termasuk bab menguruskan pelaburan hartanah kita. Kalau tak pernah buat silap, kita tak akan belajar sesuatu. Setuju tak dengan ayat Tok ni?

GH Masterclass

Kalau dah terbeli hartanah yang berisiko tinggi atau terlebih nilai, kita masih lagi ada peluang untuk betulkan keadaan ini. Walaupun semasa pasaran hartanah negara sedang lembab.

Dengan ilmu dan strategi yang betul, masalah ini pasti boleh selesai. Langkah pertama yang korang boleh buat, adalah buang perasaan panik itu jauh-jauh.

Lepas tu, gunakan 6 nasihat Tuan Faizul Ridzuan ini untuk selesaikan masalah yang berlaku. Tok doakan korang supaya dapat selesaikan masalah ini cepat-cepat, dengan izin-Nya.

Pertama sekali, akui yang kita ada buat silap dan buang ego kita jauh-jauh.

Ramai orang ada masalah ini dalam diri mereka. Mereka susah nak akui yang mereka ada buat silap, dan terus-menerus pertahankan ego mereka.

Ini adalah tindakan yang tak betul.

Kalau nak selesaikan masalah ini, kita kena faham tentang kesilapan yang kita dah buat. Baru kita boleh bertindak untuk selesaikan masalah yang berlaku itu.

Kebanyakan orang tak sedar mereka membeli hartanah yang berisiko tinggi, dan sedar kesilapan ini pada kemudian hari.

Dan kesilapan yang paling besar adalah, mereka berfikir keadaan ini tak akan menjurus kat perkara yang lebih teruk daripada sediakala. Padahal, ia akan beri impak buruk kat pelaburan kita pada masa akan datang.

Lagi cepat kita terima realiti, lagi cepat kita boleh selesaikan masalah ini.

Kita boleh jual hartanah yang kita tersilap beli itu pada harga diskaun.

Biasanya, harga jualan rumah akan jadi tinggi pada 3 bulan pertama selepas VP (vacant possession). Secara personal, saya akan jual rumah ini dengan harga yang lebih rendah, supaya ia boleh dijual dengan cepat.

Saya pernah ada pengalaman dan jadi saksi untuk satu projek pembangunan, yang dijual pada bawah harga pemaju selepas 2 tahun VP.

Ada seorang lelaki ini menjual rumah yang dibeli pada 10% daripada harga belian, dan ramai kawan-kawan beliau fikir ia satu tindakan yang bodoh.

Padahal, lelaki ini berjaya buat duit. Dan kawan-kawan beliau yang ‘berlagak pandai’ itu masih berusaha nak menjual rumah pada harga pemaju, dan masih tak berjaya rumah itu.

Siapa yang untung, dan siapa yang rugi?

Maksud fleksibel kat sini adalah dari sudut rundingan.

Kalau nilai rumah anda berharga RM400K, dan korang terpaksa menjual rumah itu pada harga RM360K, serta pembeli itu meminta untuk ‘mark up’, terima saja tawaran itu (selagi pembeli itu sanggup keluarkan duit untuk bayar segala kos tambahan untuk ‘mark up’ itu).

Ini adalah syaratnya. Pengemis tak ada kuasa untuk buat pilihan. Dan dalam kes ni, kita adalah pengemis.

Semakin lama kita tunggu, semakin banyak unit rumah yang nak dijual muncul dalam pasaran. Dan ini jelas akan kacau peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu.

Dah jadi asas permintaan dan bekalan (demand and supply). Kalau bekalan semakin tinggi, nilai unit ini akan terjejas. Bermakna, lagi susah kita nak jual pada harga yang berpatutan.

Kalau orang lain jual sekadar unit kosong semata-mata, korang boleh berikan nilai tambahan seperti kabinet, almari atau sebagainya, dan jual rumah itu pada harga yang sama dengan pesaing korang.

Kalau unit kediaman korang itu dijual pada harga RM400K (harga yang sama dengan pesaing korang), pembeli akan lebih berminat kat unit korang dek nilai lebihan yang korang berikan.

Semua orang sukakan tawaran yang baik. Dengan tambahan dari sudut nilai ini, kita boleh wujudkan lautan biru (blue ocean) dalam lautan merah (red ocean).

Mula bekerjasama dengan ejen hartanah yang pakar kat kawasan rumah yang kita beli itu.

Ini akan tingkatkan peluang untuk menjual unit kita dengan lebih mudah. Pada masa yang sama, layan mereka dengan baik.

Ramai pemilik rumah yang berperangai tak elok semasa berurusan dengan ejen hartanah, dan ini akan tipiskan peluang kejayaan untuk jual unit kita dengan mudah.

Perkara ini juga gunakan sebab yang sama dengan nasihat sebelum ini (nasihat #5).

Ia boleh tinggikan peluang kita menjual unit yang kita salah beli itu dengan lebih mudah.

Tak rugi berbuat baik dengan orang yang sepatutnya. Selagi ia boleh tingkatkan peluang kita menjual rumah dengan lebih mudah, tak salah untuk kita gunakan strategi ini.

Pada masa akan datang, tindakan ini jelas akan berikan kelebihan kat diri kita sendiri. Fikirkan kelebihan yang kita boleh dapatkan untuk tempoh masa panjang.

Kita juga yang akan dapat untung. Bukan orang lain.

Tok harap korang boleh dapat banyak faedah daripada perkongsian kali ini.

Dan kalau korang rasa ia bermanfaat, kongsikan artikel ini kat kawan-kawan korang yang lain. Biar lagi ramai tahu cara nak uruskan masalah ini.

Bak kata Tuan Faizul Ridzuan:

“Tak ada istilah pelaburan hartanah yang tak bagus. Yang ada, cuma pelabur yang tak bagus.”

Dan korang boleh kurangkan risiko ini dengan tambah ilmu, dan belajar tingkatkan skil dalam setiap pelaburan yang korang buat. Tok sentiasa doakan agar korang berjaya. Ameen.



Source link