Artikel Terkini

6 Mitos Yang Menyebabkan Ramai Orang Malas Nak Ambil Takaful


Rata-rata kesederan mengenai Takaful masih rendah di kalangan rakyat Malaysia, sehingga ada yang masih menyamakan Takaful dan insurans. Kita sering mengelak apabila berbicara mengenai takaful disebabkan salah faham yang berlaku.

Jom kita lihat 6 mitos takaful yang menyebabkan orang ramai malas nak ambil takaful ini.

1. “Akaun bank untuk simpanan, tetapi takaful ada simpanan dan perlindungan, maka takaful lagi bagus!”

Sebenarnya bank dan takaful mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza. Begitu juga ada yang membandingkan produk takaful dengan produk pelaburan.

Oleh itu, simpanan, pelaburan dan perlindungan adalah berbeza serta tidak adil untuk dibandingkan. 

Baca: 5 Perkara Ejen Takaful Tak Beritahu Kita

2. “Produk takaful yang mahal adalah lebih baik daripada produk takaful murah”

Kesalahan yang ejen lakukan adalah mengatakan produk takaful mahal lebih baik daripada produk takaful yang murah. Ia bukanlah sejenis aset seperti rumah tetapi ianya adalah berdasarkan keperluan diri, perlindungan dan bajet kewangan.

Kalau mahal dan baik tapi hanya mampu bayar untuk sebulan saja pun susah juga. Lebih baik berpatutan dan mampu bayar sampai usia tua nanti.

3. “Pilih takaful yang terkenal dan ada brand.”

Brand takaful anda tidak penting tetapi yang penting adalah manfaatnya, kebaikan, perlindungan serta jumlah coverage yang terkandung di dalam pelan takaful tersebut.

Kalau dah buat perbandingan dan kita jumpa pelan yang murah sedikit, silakan.

Baca: 7 Perkara Yang Kita Perlu Tahu Sebelum Mengambil Takaful

4. “Membazir bayar takaful kalau tak kemalangan”

Nak sangat masuk hospital ke? Manusia pasti tidak akan lari daripada jatuh sakit. Jika ditakdirkan kita panjang umur sehingga 100 tahun, adakah kita boleh beri jaminan bahawa tidak akan berlaku apa-apa?

Sedangkan apa yang akan berlaku hari esok pun kita tak tahu, ini lagi tahap kesihatan kita lagi 5 ke 10 tahun yang akan datang.

Baca: Tiga Waktu Terbaik Untuk Ambil Takaful

5. “Takaful dan insurans adalah benda yang sama”

Selalunya ejen yang berkata sebegini mungkin mempromosikan takaful dan insurans konvensional secara serentak. Jika dilihat kepada kontrak pun dah nampak perbezaannya.

Baca: Perbezaan Takaful Dan Insurans

6. “Masa promote mulut bukan main manis, bila nak claim susahnya”

Kes-kes sebegini sering terjadi di negara kita dan selalu ditularkan. Sebenarnya, ia bukanlah salah syarikat takaful tersebut kerana polisi itu sendiri sudah menjelaskan semuanya.

Ada kes yang susah nak claim disebabkan oleh penyakit sedia ada, maklumat kesihatan tidak betul dan sebagainya. Oleh itu, kita perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah betul, jelas dan tepat.  Baca terlebih dahulu terma dan syarat polisi untuk memahaminya.

Baca: 7 Sebab Tuntutan Takaful Ditolak Dan Susah Nak Claim

Itulah dia 6 mitos takaful ramai salah faham dan selalu kecam. Untuk pengetahuan anda, takaful adalah patuh syariah. Kita tak perlu bimbang walau apa pun brand takaful pilihan anda.

Namun, haruslah baca dengan teliti dan fahami dengan jelas dahulu kelebihan dan prosedur claim supaya tidak berlakunya salah faham pada masa akan datang.

Nak tahu lebih lanjut mengenai hibah dan takaful, klik Let’s Talk di sini.

Iklan


Iklan



Source link