Uncategorized

7 Sebab Kenapa Graduan Dihimpit Kemiskinan

7 Sebab Kenapa Graduan Dihimpit Kemiskinan 1


Tajuk yang mungkin sedikit kontroversi tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan sekarang. Ramai graduan yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti tetapi ramai yang hidup di dalam kemiskinan.

Ini belum termasuk lagi graduan menganggur yang semakin meningkat dari tahun ke dengan bilangan pelajar yang berjaya menamatan pengajian mereka yang semakin bertambah di universiti awam atau pun swasta dan bilangan pekerjaan yang ditawarkan semakin berkurangan disebabkan persaigan diantara graduan itu sendiri.

Ada yang berjaya mendapatkan kerja tetapi bergaji kecil, tidak setimpal dengan kelayakan yang dimiliki.

Berikut merupakan 7 sebab kenapa graduan masih dhimpit dengan kemiskinan.

1. Sistem pembelajaran yang tidak mengajar ilmu pengurusan wang & sains kekayaan

Majoriti sekolah hanya mengajar cara menjawab kertas peperiksaan sahaja. Ini termasuklah sistem pendidikan di peringkat yang lebih tinggi yang hanya memfokus kepada mendapat segulung ijazah.

Tidak ada sistem yang terbaik untuk mengajar pelajar cara untuk membuat atau menggandakan duit. Sistem yang ada hanyalah ke arah membentuk seseorang itu menjadi pekerja, bukanya seorang usahawan yang mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain.

2. Berhenti belajar selepas tamat pengajian

Bagi graduan, asalkan dah dapat segulung diploma atau ijazah dan anggap diri sendiri sudah menjadi seorang yang berilmu. Perkara ini sangat tidak betul kerana manusia yang berjaya adalah manusia yang setiap hari belajar ilmu yang baru.

Ilmu dibaratkan seperti meminum air. Kita perlu meminum air untuk terus hidup dan begitu juga dengan akal fikiran kita yang memerlukan ilmu yang baru. Kita memerlukan illmu yang baru bagi membentuk fikiran yang kreatif untuk menjana pendapatan yang lumayan.

3. Suka kerja bergaji besar

Tak salah untuk mengejar pekerjaan yang mampu menawarkan gaji yang besar, tetapi ianya bukanlah satu-satunya jalan untuk membuat seseorang itu menjadi kaya. Untuk menjadi seorang yang berjaya dan bebas kewangan, kita perlu tahu cara bagaimana supaya duit dapat bekerja untuk kita.

Jika kita hanya pandai mengumpul duit semata-mata, kita tidak akan menjadi kaya melainkan kita belajar cara menyimpan dan melabur di tempat yang betul.

4. Terlalu yakin dengan pencapaian diri sendiri

Kebanyakan graduan terlalu yakin dengan kebolehan diri sendiri yang menyebabkan dirinya berasa ego dan sukar untuk menerima arahan. Ingat dia seorang saja yang betul.

Zaman sekarang ini, dunia tidak lagi memandang kepada berapa banyak ijazah yang kita miliki. Sebaliknya ia lebih kepada berapa efektif kita menjalankan kerja, dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang dimiliki.

5. Banyak habiskan duit kepada liabiliti

Di antaranya, berapa ramai graduan yang baru sahaja tamat pengajian dan terus membeli kereta yang di luar kemampuan. Sedangkan kita tahu bahawa nilai kereta akan menyusut nilai saban tahun, dan bakal menjerat kita di dalam masalah kewangan.

Selain daripada itu juga, ramai graduan yang telah berkeluarga tetapi belum membeli rumah kerana mengutamakan benda lain. Sekali kita tersilap langkah, bertahun-tahun kita terpaksa menanggung padah.

Perkara ini pernah terjadi kepada industri oil and gas pada tahun 2013-2015 di mana banyak syarikat yang terlibat di dalam industri ini telah membuang begitu ramai pekerja Ini disebabkan oleh harga minyak mentah yang merudum, sekaligus menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar gaji pekerja yang boleh dianggap tinggi.

Dalam dunia usahawan, perkara ini juga mungkin terjadi tetapi berbeza dengan kes kehilangan pekerjaan. Seseorang usahawan mungkin akan gagal sehingga kehilangan semua modal beliau. Apa yang lebih penting adalah kita mampu bangkit selepas menemui kegagalan.

7. Bebanan hutang PTPTN

Kebanyakan pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi akan dibebani dengan hutang PTPTN yang wajib dibayar selepas tamat pengajian. Di Malaysia, pihak kerajaan menyediakan pinjaman pembelajaran bagi pelajar yang memasuki universiti awam atau swasta.

Jika seseorang graduan masih lagi belum mendapat pekerjaan atau hanya mampu mendapat pekerjaan dengan gaji yang sedikit, mereka mungkin tidak akan membayar wang pinjaman pendidikan yang semakin meningkat disebabkan oleh kos pentadbiran yang meningkat saban tahun.

Sumber Rujukan:

Kita hanya mampu keluar daripada cengkaman kemiskinan dengan adanya ilmu dan kerja keras. Dan ianya berbalik kepada dua cara saja, iaitu tingkatkan pendapatan atau kurangkan perbelanjaan.

Kalau dah tak mampu nak ikat perut lagi, maka kalau terpaksa untuk melakukan dua tiga pekerjaan untuk mengatasi bebanan hidup, maka buatlah. Harus diingat, setiap ujian disertakan sekali dengan kejayaan di penghujungnya. Semoga berjaya!

7 Sebab Kenapa Graduan Dihimpit Kemiskinan 2

7 Sebab Kenapa Graduan Dihimpit Kemiskinan 3

Komen

komen





Source link