Artikel Terkini

7 Sebab Mengapa Rumah Teres Dua Tingkat di Dahlia 2, Serene Heights, Bangi Adalah Lokasi Terhangat Hartanah


Bila kita sebut pasal hartanah,
semakin ramai orang menunjukkan minat untuk memilikinya. Lebih-lebih lagi
apabila pihak Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman atau Overnight Policy Rate (OPR) pada
bulan Mei yang lalu. Ini bagi menggalakkan lebih ramai orang membeli rumah
dengan kadar instalment bulanan yang lebih murah.

Menurut statistik terkini, hanya 43% rakyat Malaysia yang
memiliki rumah. Dan bila sebut pasal Bangi ni, siapa yang tak kenal kan?

Apa Itu Dahlia 2,
Serene Heights?

Sebelum kita mulakan bicara, Serene Heights menawarkan
tema “Simple Pleasures of Life”, yang merangkumi kira-kira 448 ekar tanah
pegangan bebas. Dahlia 2 pula merupakan projek perumahan rumah
teres dua tingkat di Serene Heights yang akan dibina di lot individu berukuran 24′ x 70′ dengan luas binaan daripada 2,165 hingga 2,480 kaki persegi.

Dengan bilangan 4+1 bilik, memang
cukup luas untuk seisi keluarga. Siap ada ruang lebih untuk tetamu dari jauh
lagi, tak perlu mereka sewa homestay apabila mereka turun ke Lembah Klang.
Bukan itu saja, dengan adanya 4 bilik air; kini anda tak perlu lagi
berebut-rebut untuk menggunakannya.

Bertemakan
konsep Tropikal Moden Kontemporari dengan kawasan lapang yang luas, laman
menghijau dan taman permainan untuk mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak
terdahulu di kampung.

OK sekarang dah tahu serba sedikit pasal Serene Heights dan
Dahlia 2 ni, inilah 7 sebab mengapa ianya merupakan lokasi terhangat buat masa
sekarang.

1. Lokasi,
Lokasi, Lokasi

Aspek lokasi adalah perkara utama yang harus dititikberatkan dalam pembelian mana-mana hartanah. Kalau tersilap pilih lokasi, memang boleh merana hidup kita nanti.

Dan lokasi bagi Dahlia 2, Serene Heights memang strategik
iaitu di bandar Bangi. Pusat membeli-belah Bangi Gateway, Bangi Sentral, Giant
Bangi, IOI City Mall, Ostia Bangi, Tesco Bandar Puteri Bangi dan Tesco Semenyih
ada berdekatan. Kemudahan hospital seperti KPJ Kajang Specialist Hospital,
Hospital Kajang, Hospital Serdang dan Hospital Puswari SMC Bangi pun dekat
sangat.

Nak hantar anak ke sekolah swasta, di sini ada Greenview
Islamic School Bangi, Rafflesia International & Private Schools, Tanarata
dan Tenby International School. Universiti pula tak payah cakap lah, memang
berhampiran dengan GMI (German Malaysian Institute), Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS), Nottingham University, UKM, UNITEN dan UPM.

Memang mantap area Bangi ni, kawasan
yang dah well-established.

2. Kemudahan
Akses Yang Meluas

Lokasi pun dah cantik, kemudahan untuk keluar masuk Dahlia 2,
Serene Heights pun banyak. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri, kita
ada Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya LEKAS dan Lebuhraya SILK. Masa
perjalanan pastinya dipercepatkan dengan adanya jalan akses yang banyak.

Bagi mereka yang menggunakan
pengangkutan awam pula, kita ada kemudahan komuter dengan adanya Stesen UKM dan
perkhidmatan MRT yang terletak di Stesen Kajang. Memang mudah sangat nak ke
mana-mana.

3. Dilengkapi Kemudahan Yang Mantap

Bila sebut pasal rumah moden, pasti kita impikan ia mempunyai pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai yang tinggal di situ.

Dahlia 2, Serene Heights ini bakal dilengkapi dengan Taman
Permainan Bertema seperti Hopscotch Valley, Gasing Land, Congkak Place dan
Takraw Park. Juga terdapat Taman Rekreasi seperti Wellness Garden dan Leisure
Garden.

Kemudahan lain seperti Dewan
Serbaguna, Surau dan Tadika turut disediakan. Sesuai sangat untuk mereka yang
berkeluarga atau bersama-sama dengan ibubapa yang sudah tua; semuanya ada untuk
mereka.

4. Eksklusif Untuk Anda

Kalau nak tahu, hanya 74 buat
rumah akan dibangunkan di Dahlia
2, Serene Heights ni. Tersangatlah eksklusif dengan kawasan yang tak sesak dan
dipenuhi rimbunan kehijauan yang menenangkan. Bilangan unit yang terhad ini
pastinya mewujudkan keadaan yang mesra sesama jiran tetangga. Jarang sekali nak
jumpa projek yang berkepadatan rendah sekarang ni. Ternyata Dahlia 2 sangat
sesuai bagi mereka yang mementingkan privasi.

5. Harga Rumah Yang Berbaloi

Dengan harga permulaan serendah RM621,278, memang berbaloi sangat dengan lokasi, rumah teres dua tingkat dan kemudahan yang ditawarkan oleh Dahlia 2, Serene Heights ni. Sekali lagi kita kena ingat, mana nak dapat ruma teres dua tingkat dengan harga serendah ini? Dengan keluasan tanah 24’ x 70’, keluasan binaan 2,165 – 2,480 kaki persegi, dilengkapi dengan 4+1 bilik, 4+1 bilik air, 2 lot tempat letak kereta, dan rekabentuk moden untuk memenuhi citarasa terkini orang ramai.

Oh ya, rumah Freehold pula tu. Mana nak dapat dengan harga ni
kan? Kalau ada pun lokasinya pasti lebih jauh, dan bukannya di Bangi.

Lokasi terbaik dan kemudahan terbaik, tempat pula sangat
eksklusif dengan tak ramai penduduk. Cukup sesuai untuk mereka yang inginkan
privasi, dan juga mudah untuk mesra dengan jiran tetangga yang aman damai.

6. Promosi Dan
Diskaun Menarik Menanti Anda

Dengan hanya Booking Fee sebanyak RM5,000, anda dah boleh miliki rumah teres dua tingkat di Dahlia 2, Serene Heights ni. Yuran guaman dan duti setem semuanya percuma.

7% diskaun untuk Bumiputera dan
rebat sehingga 17% sempena Kempen HOC yang sedang berjalan. Tak cukup dengan
itu, tawaran langganan TM Unifi percuma selama 2 tahun menanti anda.

7. Dibangunkan Pemaju Yang Berkaliber

Terakhir sekali, siapa yang tak
kenal dengan syarikat UEM Sunrise Berhad yang merupakan pemaju bagi projek ini?
Ianya merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dan salah
sebuah daripada pemaju terbaik tanahair.

Orang kata nak tengok power tak
power developer ni, tengok kepada projek-projek yang pernah mereka siapkan. Dan
di antara projek-projek perumahan yang dibangunkan UEM Sunrise adalah:

  • Symphony Hills, Cyberjaya
  • Radia, Bukit Jelutong
  • Sefina Residences, Residensi22 Mont’ Kiara,
    Arcoris Mont’ Kiara, 28 Mont’ Kiara di Mont Kiara
  • Iskandar Puteri di Iskandar Malaysia, Johor
  • Singapura dan Australia pun ada

Rebut peluang untuk memiliki rumah di Dahlia 2, Serene Heights hari ini dengan harga permulaan serendah RM621,278. Layari https://uemsunrise.com/property/region/greater-kuala-lumpur/project/dahlia-2 untuk maklumat lanjut. Siapa cepat dia dapat.

Komen

komen





Source link