Artikel Terkini

Apa Itu ‘Floating Stock’ Dalam Pelaburan Saham?


Setiap saham yang didagangkan mempunyai volatility pergerakan harga dan kadar liquidity yang berbeza. Di antara faktor yang mempengaruhi volatility harga dan kadar liquidity adalah jumlah floating sock bagi saham tersebut.

Apa Itu ‘floating stock’?

Setiap saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia mempunyai jumlah terbitan saham yang berbeza. Begitu juga dengan jumlah saham yang diperdagangkan di pasaran ataupun dikenali sebagai floating stock. Floating stock merupakan jumlah saham yang aktif diperdagangkan di pasaran saham secara terbuka.

Penurunan jumlah floating stock boleh berlaku apabila syarikat melaksanakan ‘Shares Buy Cack’, secara langsung mengurangkan jumlah saham yang didagangkan secara aktif.

Sebaliknya, pemberian ‘Bonus Issue’ dalam bentuk saham kepada pemegang saham pula akan mengakibatkan peningkatan jumlah floating stock dan secara langsung menambah jumlah saham yang didagangkan secara aktif.

Kegunaan Floating Stock

Floating stock digunakan bagi mengenalpasti
dan memahami pergerakan harga bagi saham yang dipilih. Jumlah floating stock yang kecil akan
meningkatkan volatility dan
mengurangkan kadar liquidity akibat
jumlah pembeli dan penjual yang kecil. Ini bermakna penjualan saham dengan
jumlah yang besar boleh mengakibatkan pergerakan harga yang ketara.

Bagi saham yang mempunyai floating stock yang tinggi, volatility harga akan berkurang dan
kadar liquidity akan bertambah kerana
mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang besar. Keadaan ini akan dapat
mengurangkan pergerakan harga yang ketara apabila penjualan saham dengan jumlah
yang besar dilakukan.

Jumlah floating stock ditunjuk di dalam bentuk peratus daripada jumlah saham yang diterbitkan. Di antara contoh saham yang mempunyai jumlah floating stock yang berbeza adalah seperti berikut:

Nestle

Number of Shares: 234 juta

Float: 19.56%

Kesan saham
Nestle yang mempunyai floating stock
yang kecil dapat dilihat melalui pergerakan harga saham yang tinggi dan jumlah
pembeli dan penjual yang rendah.

MYEG

Number of Shares: 3606 juta

Float: 49.31%

Saham MYEG mempunyai jumlah floating stock hampir separuh daripada jumlah saham yang diterbitkan. Ini menyebabkan pergerakan harga saham yang tidak terlalu ketara dan mempunyai jumlah pembeli dan penjual yang agak tinggi.

Velesto

Number of
Shares: 8215 M.

Float: 81.27%.

Saham Velesto merupakan contoh saham
yang mempunyai floating stock yang
tinggi. Ini menyebabkan pergerakan harga saham yang rendah dan mempunyai jumlah
pembeli dan penjual yang tinggi.

Dengan memahami floating stock, pelabur dan pedagang dapat memahami faktor yang mempengaruhi perbezaan volatility harga saham dan juga kadar liquidity saham.

Atau dalam kata lain, floating stock inilah yang menentukan samada sesuatu saham itu berat atau ringan.



Source link