Uncategorized

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam?

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam? 1


Ramai orang keliru dalam aplikasi perbankan Islam terutamanya bila berlaku tunggakan pembayaran. Mereka beranggapan produk perbankan Islam adalah lebih mahal kerana harga jualan telah ditetapkan pada awal pembiayaan dan pelanggan perlu membayar harga jualan walaupun membuat penyelesaian awal.

Ibra’ adalah pengguguran hak oleh satu pihak kepada pihak yang lain yang perlu dilaksanakan terhadapnya. Daripada perspektif kewangan, ibra’ adalah pemberian rebat jika penyelesaian dibuat lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.

Ibra’ kebiasannya diberi dalam kontrak jual beli seperti komoditi murabahah. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan antara perbankan konvensional dan perbankan Islam (jika tiada ibra’ dan menyebabkan ramai dari kalangan kita salah faham):

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam? 2

*Kalau ikut jadual di atas, memanglah nampak perbezaan yang ketara. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan garis panduan ibra’ atau diskaun atau rebat jika pembiayaan dilunaskan lebih awal dari tempoh yang sepatutnya. Walaupun tunggakan di atas kertas adalah berjumlah 180,000, namun pihak bank akan memberikan ibra’ kepada pelanggan.

Secara dasarnya, ada 3 situasi bank akan memberikan ibra’:

1. Pelanggan Yang Membuat Penyelesaian Awal
Pelanggan tidak mempunyai tunggakan namun berhasrat membuat pembayaran sekaligus.

2. Penstrukturan Semula Pembiayaan
Pelanggan mempunyai masalah untuk membuat bayaran dan memohon bank menstrukturkan kembali pembiayaan mereka.

3. Kemungkiran Pelanggan Dalam Membuat Bayaran
Pelanggan bermasalah dan membayar tidak mengikut jadual.

Untuk lebih mudah faham, boleh rujuk rajah di bawah berkenaan aplikasi ibra’ dalam kontrak jual beli:

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam? 3

Secara kesimpulannya, pemberian ibra’ kepada pelanggan adalah bukti perbankan Islam tidaklah semahal seperti yang dilaungkan sesetengah pihak. Harga jualan ditetapkan pada awal pembiayaan namun ia masih bersandarkan turun naik kadar keuntungan efektif.

Yang menariknya, kadar keuntungan tidak akan melebihi harga jualan yang telah ditetapkan. Semoga bermanfaat.

Ditulis oleh Azharul Adha Bin Dzulkarnain
Boleh dihubungi melalui emel azharuladha@gmail.com

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam? 4

Apa Itu Ibra’ Dalam Perbankan Islam? 5

Komen

komen





Source link