Uncategorized

Area 51: 1.7 juta sedia serang pangkalan makhluk asing

Area 51: 1.7 juta sedia serang pangkalan makhluk asing 1



Area 51: 1.7 juta sedia serang pangkalan makhluk asing 2

JIKA anda pengguna media sosial tegar, tentunya anda akan perasan tentang topik perbincangan berkaitan Area 51 sejak beberapa hari ini.

Ia merujuk kepada hantaran acara Storm Area 51: They Can’t Stop All Of Us, yang diwujudkan di Facebook.

“Kita akan bertemu di kawasan Area 51 Pusat Makhluk Asing dan mencatat sejarah. Kalau kita lari macam Naruto, kita boleh elak peluru mereka. Mari cari makhluk asing,” itu yang tertulis pada hantaran tersebut.

Biarpun diketahui acara itu hanya satu jenaka semata-mata, agak menarik juga apabila lebih 1.7 juta pengguna Facebook sudah mengesahkan untuk menyertainya.

Hantaran acara itu dibuat oleh pemilik akaun yang dikenali kerana kandungan berbentuk meme di Twitch, platform penstriman secara langsung untuk gamers, menurut laporan comicbook.com.

Laporan media Amerika Syarikat (AS) menyebut Tentera Angkatan Udara menyedari tentang hantaran acara berkenaan di Facebook tetapi tidak mengulas atau memberikan sebarang komen.

Acara itu dijadualkan berlangsung pada 20 September.

Area 51 terletak kira-kira 240 km dari Las Vegas, AS, dan ia tidak dibuka kepada orang ramai serta berada di bawah pengawasan tentera udara.

Kawasan padang pasir terpencil berkeluasan 4,000 kilometer persegi itu pada awalnya digunakan untuk pembangunan pesawat pengintip U2 pada tahun 1950-an.

Program itu selesai pada 1956 dan kawasan itu dijadikan pangkalan untuk menguji pesawat tentera yang lain.

Tetapi teori konspirasi mendakwa tapak itu juga digunakan untuk menyimpan pesawat UFO yang terhempas dan teknologi makhluk asing yang lain.

Kenyataan rasmi kerajaan AS ialah Area 51 diklasifikasikan sebagai kawasan terkawal untuk tujuan keselamatan.

Tetapi hakikat bahawa mereka hanya mengakui kewujudan kawasan itu pada 2013 hanya menimbulkan spekulasi.

“Misteri Area 51 membuatkan orang ramai makin ingin mengetahui apa yang ada di situ,” kata ahli sejarah dan pengarang aeroangkasa, Peter Merlin, yang telah melakukan penyelidikan berkaitan Area 51 selama lebih tiga dekad.

“Dan saya pasti masih banyak yang sedang berlaku di sana,” katanya.





Source link