Uncategorized

Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia

Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia 1



Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia 2

MISI tercapai. Hasrat peminat mahu melihat Avengers: Endgame menewaskan Avatar sebagai filem terlaris di dunia, akan tercapai sedikit masa lagi.

Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.

Endgame kini mencatat kutipan AS$2.7892, manakala Avatar menutup tayangan dengan kutipan AS$2.7897.

“Tahniah kepada pasukan besar Marvel Studios dan Walt Disney Studios, dan terima kasih kepada para peminat di seluruh dunia yang mengangkat ‘Avengers: Endgame’ ke tahap bersejarah ini.

“Sudah tentu, walaupun lebih sedekad, impak Avatar masih kekal kukuh, dan pencapaian menakjubkan kedua-dua filem ini membuktikan kekuatan sesebuah filem untuk membawa penonton bersama dalam dalam satu penerokaan berbeza,” kata Pengerusi bersama Disney yang juga Ketua Pegawai Kreatif, Alan Horn.

Hujung minggu ini, Endgame yang memasuki minggu ke-13 tayangan, dijangka mengutip AS$ 1.28 juta dari 985 buah panggung di Amerika Syarikat sahaja.





Source link