Artikel Terkini

AXA Memperkasakan 3 PKS Malaysia Untuk Mengambil Kawalan Dengan Tunai & Hadiah Bernilai Rm300,000


ArtVenture with Sarah, Bondahaven dan Me Books Asia muncul
sebagai 3 pemenang dalam AXA #TakeControl SME Challenge 2019. Majlis
penyampaian hadiah diadakan di ibu pejabat AXA Affin General Insurance Berhad
(AXA), Kuala Lumpur semalam dengan kehadiran En. Syed Nahar
Syed Harun, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat, SME Corporation
Malaysia; Gan Teck Hooi, Pengasas ICFO
Solutions; Kristine Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Fundaztic; Wayne Lim, Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME®
Media Group dan En. Rizal
Bin Mohd Yusof, Ketua Strategi & Perancangan, Perbankan PKS, AFFIN Bank
Berhad.

Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA dengan 3 pemenang AXA #TakeControl SME Challenge
2019. Dilancarkan pada bulan Julai 2019, AXA #TakeControl SME Challenge
bertujuan untuk memperkasakan 3 usahawan yang bercita-cita tinggi dengan
kemahiran, dana dan ilmu untuk mengawal dan memacu perkembangan dan masa depan
perniagaan mereka. Setiap pemenang diberi ganjaran wang tunai dan hadiah
bernilai lebih daripada RM100,000 untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap
yang lebih tinggi.

3 pemenang tersebut — ArtVenture
with Sarah
, sebuah jenama tempatan berdedikasi untuk membantu kanak-kanak membesar dan menerokai keseronokan
melalui seni dan kraf; Bondahaven,
pakar penyusuan susu ibu yang menawarkan perkhidmatan konsultasi laktasi dan
spa kepada para ibu dan Me Books Asia,
sebuah kedai buku kanak-kanak yang bertujuan untuk menawarkan bahan pendidikan
bertaraf dunia yang boleh diakses oleh kanak-kanak di seluruh Asia –
masing-masing diberi ganjaran wang tunai dan hadiah bernilai lebih daripada
RM100,000 untuk melonjakkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi:

  • wang tunai RM20,000;
  • perlindungan AXA Business Advantage Plus
    (Enhanced) selama 1 tahun bernilai RM 3,000;
  • liputan media di akhbar MALAYSIA SME® bernilai
    RM 59,000;
  • RM 10,000 mata ganjaran Qu-Exchange;
  • 3 bulan latihan perniagaan peribadi oleh
    iCommunity bernilai RM13,500;
  • Fundaztic
    Bonus bernilai RM 2,000 di
    Fundaztic – platform pembiayaan rakan-ke-rakan dan
  • kadar
    istimewa bagi pembiayaan PKS oleh AFFIN Bank Group.

Dilancarkan pada bulan Julai 2019, AXA
#TakeControl SME Challenge
bertujuan untuk memperkasakan 3 usahawan yang bercita-cita
tinggi dengan kemahiran, dana dan ilmu untuk memacu dan mengawal perkembangan dan masa depan perniagaan mereka. AXA
menyedari tentang kepentingan PKS yang semakin berkembang dalam ekonomi Negara
dan komited untuk memainkan peranan aktif dalam menyokong PKS dalam perjalanan
mereka, sejajar dengan strategi Payer to
Partner
AXA.

Emmanuel Nivet,
Ketua Pegawai Eksekutif AXA dan juga salah seorang daripada panel hakim,
menyifatkan kadar perlindungan yang rendah di kalangan PKS adalah disebabkan
kekurangan kesedaran tentang kepentingan insurans perniagaan dan mentaliti yang
tidak mengutamakan risiko. “Dengan pengalaman, kepakaran dan sumber kami,
kami dapat mewujudkan kesedaran yang lebih tinggi mengenai topik-topik
pengurangan risiko di kalangan PKS dan menawarkan penyelesaian yang tepat. Kami
berbangga dapat melihat kemajuan dan perkembangan para peserta kami sepanjang
cabaran ini. Ini menunjukkan semakin ramai usahawan menyedari bagaimana mereka
boleh mencari rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam perlindungan perniagaan
dan pengurusan risiko, dalam masa yang sama memberi tumpuan untuk membina dan
mengembangkan perniagaan mereka,” kata beliau.

AXA #TakeControl SME
Challenge
terbuka kepada semua PKS Malaysia di seluruh negara. Peserta yang
berminat digalakkan untuk mengemukakan idea perniagaan mereka secara atas
talian melalui www.axasme.com. 10 finalis telah disenarai pendek untuk
menjalani latihan perniagaan berstruktur untuk memperhalusi idea perniagaan
mereka sebelum menbentangkannya secara bersemuka kepada panel hakim yang
terdiri daripada Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA; Syed Nahar Syed
Harun, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Korporat SME Corp; Ferdaus Toh bin
Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad; Wayne
Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia SME® Media Group dan Gan Teck
Hooi, Pengasas ICFO Solutions.

Semasa
majlis tersebut, Emmanuel juga memuji ketabahan, semangat dan kehebatan taktik
perniagaan yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang cabaran ini.

“Memilih
3 pemenang ini bukan satu tugas yang mudah apabila mengambil kira semua idea
perniagaan hebat yang kami terima. Setiap perjalanan pemenang kami dalam
kejayaan perniagaan menceritakan kisah yang didorong oleh semangat keusahawanan
dan visi yang kuat, yang kami percaya akan menjadi inspirasi untuk orang lain.
Kami tidak sabar untuk menantikan pencapaian dan sumbangan mereka yang
seterusnya, yang akan memantapkan lagi masyarakat tempatan, landskap perniagaan
dan ekonomi kita,” tambah Emmanuel.

Komen

komen





Source link