Artikel Terkini

Bagaimana Nak ‘Makeover’ Bilik Air Sendiri Hanya Menggunakan Cat Epoxy


Kita pasti teringin nak hiaskan bilik air cantik-cantik. Tetapi niat terhenti apabila memikirkan saiz bilik air yang kecil. Terasa buntu dan mati kutu. Sebenarnya saiz bilik air bukanlah masalah jika ada kemampuan kewangan untuk membina sesuatu yang WOW di dalam sebuah bilik yang kecil. Malah ia juga praktikal mengikut keperluan kita.

Seperti bilik air milik Fatin Amierah Zabri ini, dia telah melakukan sendiri ‘makeover’ terhadap bilik airnya. Fatin berkongsi tip dan langkah bagaimana dia melakukan ubah wajah bilik air yang kelihatan biasa ini kepada yang lebih cantik.

OH BILIK TERMENUNGKU

Percaya atau tidak semuanya pemilik buat sendiri , kecuali lantai .

Dahulunya tandas ini kelihatan biasa dan kini warna hitam putih dan lebih menarilk. Macam mana nak buat?

DINDING

Untuk dinding, anda perlu pergi ke kedai yang membekal cat khas untuk tiles. Pemilik menggunakan cat jenis NIPPON EPOXY. Untuk bilik air ini pemilik memilih dua jenis warna.

BORDER

Pembahagian dinding seperti corak yang telah digunakan ia merupakan wallpaper jenis kalis air. Ia sangat sesuai untuk bilik air. Kos perbelanjaan hanya RM25 utnuk 10 meter.

RAK SHAMPOO

Pemilik belinya secara online sahaja. Search shampoo rack. Mesti keluar. Dan drill sendiri . Anggaran kos RM40

CERMIN & KABINET SINKI

Pergi kedai barangan toilet cari yang dah siap set seperti ini. Lebih jimat . Satu set RM399 . Drill sendiri .

POKOK BUNGA Kaison , ikea, ssf semua ada yg jenis ini . Setiap satu tidak sampai RM20 .

LANTAI

Untuk proses ubah suai lantai, pemilik dapatkan perkhidmatan daripada yang pakar. Pemilik hanya memberi idea reka bentuk yang diinginkan dan serahkan kepada yang mahir. Kos yang dikeluarkan RM950 .

Akhir sekali tukar lampu bulb tu kepada warna warm light . So nampak effect mewah sikit .

Okay… Itu je yang mampu .Setakat nak ubah penampilan tandas ala-ala hotel, anda tidak perlu berhabisan sehingga 5-6 ribu untuk tukar tiles . Setakat mana boleh jimat, kita jimat .

Sumber: Fatin Amierah Zabri



Source link