Artikel Terkini

Bagaimana Nak Manfaatkan Prinsip “25/5” Warren Buffett Dalam Hidup?


Photo by Med Badr Chemmaoui on Unsplash

Semua orang mampu mencapai Emotional Intelligence (EI) atau juga dikenali sebagai kecerdasan emosi, jika tahu cara yang betul. Disebabkan perkara inilah Warren Buffett mewujudkan Prinsip 25/5 untuk memberikan kita fokus yang tinggi dalam mencapai matlamat hidup, secara tidak langsung meningkatkan kecerdasan emosi seseorang.

Apa benda Prinsip 25/5 ni? Nak tahu lebih lanjut, jemput baca Rahsia Kecerdasan Emosi Warren Buffett Kini Terbongkar (Prinsip 25/5).

Kita mungkin lebih mudah mencapai matlamat hidup, jika meletakkan fokus matlamat hidup yang sedikit. Jika sebelum ini, kami berkongsi mengenai Prinsip 25/5, kini kami akan huraikan prinsip tersebut dengan lebih mendalam, dan ‘bagaimana kita mampu mengekploitasi prinsip ini dalam kehidupan’.

Prinsip ini tidak hanya tertumpu kepada matlamat jangka masa panjang, ia juga boleh dipecah-pecahkan, contohnya:

  • Jam, apakah 5 matlamat anda dalam
    tempoh satu jam ini?
  • Harian, apakah 5 matlamat anda dalam
    tempoh 24 jam hari ini?
  • Mingguan, apakah 5 matlamat anda dalam
    tempoh 7 hari ini?
  • Bulanan, apakah 5 matlamat anda dalam
    tempoh 30 hari ini?
  • Tahun, apakah 5 matlamat anda dalam
    tempoh 365 hari?

Dan begitulah seterusnya, 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun dan seterusnya. Jika kita boleh mengenali matlamat kita dalam sesuatu tempoh masa, sekaligus fokus kita akan jadi lebih tinggi untuk mencapainya.

Contohnya setiap pagi apabila bangun dari tidur, kenal pasti 5 perkara yang menjadi fokus kita pada hari tersebut. Abaikan benda lain, hanya fokus dan jadikan ia sebuah matlamat untuk disempurnakan.

Jangan sesekali membiarkan diri anda tenggelam dalam situasi multiple task, kerana itu juga akan mengganggu konsentrasi diri. Kita boleh ulang proses ini sehinggalah kita betul-betul mahir dan berdisiplin untuk melakukannya.

Adakah prinsip ini dapat membantu diri anda fokus?
Apabila kita betul-betul fokus, apakah positif yang kita perolehi?
Adakah prinsip ini dapat membantu strategi dalam mencapai impian kita?

Ingat senaraikan 25 matlamat terlebih dahulu, kemudian hanya fokus kepada 5 matlamat yang menjadi keutamaan.

Komen

komen





Source link