Artikel Terkini

Bintang Crash Landing On You dinobat wanita tercantik dunia



PELAKON Korea Selatan, Son Ye Jin dinobatkan sebagai Wanita Paling Cantik di Dunia bagi tahun 2020.

Bintang ‘Crash Landing on You’ itu menerima undian tertinggi dalam satu tinjauan global, dengan mengumpul 14 juta undi.

Menurut laman web Starmometer, pencalonan bagi kategori itu terbuka untuk semua wanita berusia antara 20 hingga 40 tahun dari seluruh dunia.

Selain kecantikan, kriteria yang turut diambil kira ialah daya tarikan dan juga populariti.

Undian dibuka selama sebulan dan Ye Jin, 38, berjaya menewaskan tiga calon akhir lain iaitu Lisa BLACKPINK, Tzuyu TWICE dan pelakon Thailand, Urassaya “Yaya” Sperbund.

Turut disenarai dalam 10 teratas adalah aktres Song Hye Kyo, tiga anggota BLACKPINK iaitu Jisoo, Rosé dan Jennie, Sana TWICE, bintang K-Pop dari India, Priyanka Mazumdar dan pelakon Filipina, Liza Soberano.





Source link