Artikel Terkini

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba
10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba 1

Biarpun ada pelbagai barangan atau peralatan yang memudahkan kerja kita namun, cara lama masih praktikal untuk diamalkan dan hasilnya lebih berkesan. Selain menjimatkan wang, cara ini juga diyakini selamat.

1. Mengharumkan dapur
Jika dapur anda berbau kurang menyenangkan seperti hanyir, rebus beberapa keping kulit kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lap air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur.

2. Membersihkan minyak goreng
Kebiasaannya, minyak menjadi hitam selepas digunakan. Jadi untuk menghilangkannya, ambil beberapa keping asam gelugur dan masukkan ke dalam kuali bersama bahan goreng anda. Asam tadi akan menyerap hitam yang ada di dalam minyak dan hasilnya, anda dapat mengguna minyak itu beberapa kali. Selain asam gelugur, anda juga boleh gunakan halia yang dihiris nipis.

3. Membersihkan kesan hangus
Campurkan sedikit serbuk penaik bersama sedikit air di dalam sebuah bekas. Biarkan selama beberapa jam dan anda boleh guna air campuran itu untuk membersih periuk atau kuali seperti biasa.

4. Menghilangkan bau cili pada mesin pengisar
Bau cili sukar untuk dihilangkan walaupun dibersih menggunakan sabun. Apa kata kali ini anda cuba hilangkannya dengan mengisar beberapa keping biskut selama beberapa minit. Biskut ini akan menyerap semua bau cili tadi.

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba 2

5. Elak semut di dalam gula
Kita sering berhadapan dengan masalah semut di dalam gula. Bagi mengelakkannya, anda boleh sapu minyak masak pada sekeliling permukaan bekas untuk menghalang semut masuk ke dalamnya. Anda juga boleh masukkan beberapa batang kulit kayu manis atau bunga cengkih ke dalam bekas gula.

6. Pisau mesin pengisar kembali tajam
Kisar satu cawan garam kasar sehingga halus. Pisau yang tumpul akan kembali tajam.

7. Menghilangkan kesan minyak di dapur
Sewaktu menggoreng, minyak akan tepercik ke seluruh kawasan terutama lantai. Membersihkannya cukup mudah jika betul caranya. Tabur tepung gandum secukupnya pada lantai yang terkena minyak. Kemudian, cuci menggunakan air sabun dan lap sehingga kering. Kesan licin akan hilang.

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba 4

8. Mengelakkan kuali melekat
Selepas memasak atau menumis, masukkan semangkuk air biasa ke dalam kuali. Masak air sehingga mendidih. Selepas itu, basuh kuali seperti biasa.

9. Menghalau tikus
Letak beberapa helai daun durian belanda di kawasan yang ada tikus. Selepas beberapa hari, tikus tiada lagi.

10. Menghalau lalat
Masalah lalat di dapur mampu mengganggu kerja-kerja memasak. Untuk menghalaunya, anda perlu menitiskan sedikit cecair peluntur ke atas kain yang kering. Kemudian lap sekitar dapur terutama pada permukaan meja, kabinet dapur dan tempat-tempat lain menggunakan kain itu.

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba 6

 

10 Petua Dapur Orang Dulu-dulu Yang Makin Dilupakan, Rugi Tak Cuba 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo