Infotainment

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 1

Netflix menjadi topik hangat semalam selepas syarikat mengumumkan pengurangan jumlah pelanggan buat pertama kalinya dalam masa lebih 10 tahun. Pandemik sudah semakin berakhir dan pelanggan yang dahulunya datang berduyun-duyung mula membatalkan akaun kerana tidak lagi terperap di rumah sepanjang hari. Netflix turut menyalahkan perkongsian kata laluan oleh lebih 100 juta akaun sebagai antara faktor penyusutan pelanggan mereka.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 20

Bagi mereka yang masih melanggan kami ada tips menarik bagaimana untuk menjadi seorang Ninja Netflix yang tahu serba-serbi mengenai platform penstriman ini. Mungkin ada yang anda tidak sedari boleh dilakukan untuk menjadikan pengalaman penggunaan Netflix anda lebih mantap.

1.Menghalang Kandungan Yang Tidak Sesuai Dengan Umur

Ini perkara pertama yang kami lakukan di rumah bagi mengelakkan anak terlihat kandungan yang tidak sesuai ditonton oleh mereka. Kesemua ibu bapa perlu lebih cakna kerana Netflix tidak menapis kandungan mereka seperti Lembaga Penapisan Filem Malaysia yang mencantas babak-babak “tidak manis” seperti Edward Scissorhand. Sebagai pelanggan anda harus lebih bertanggungjawab dengan apa yang telah dibayar.

Pertama sekali pergi ke  WWW.NETFLIX.COM/YourAccount menggunakan pelayar web. Tetapan tidak boleh diubah terus dari dalam aplikasi telefon pintar atau tablet.

Pada tetapan Settings pilih Parental Controls. Anda kemudian diminta memasukkan kata laluan akaun sebagai pengesahan identiti. Netflix kemudian akan meminta anda menetapkan pin 4 angka peribadi. Selepas ini dilakukan terdapat pilihan Restrict By Maturity Level. Pilih tahap umur kandungan yang dibenarkan tanpa perlu memasukkan pin 4 angka.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 3

Jika anda risau dengan kandungan seks, ganas dan menyentuh keagamaan disarankan jangan memilih Adults pada kesemua profil Netflix. Kesemua kandungan yang menerima pengelasan R, TV-MA, NC-17, Not Rated dan Unrated akan dihalang secara automatik.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 4

Jika ini masih tidak mencukupi turunkan had umur ke Little Kids. Pada tetapan ini, siri animasi Pokemon juga akan dihalang. Ini adalah amat perlu bagi penonton yang amat sensitif dan percaya Pokemon mengandungi sistem kawalan minda Project Monarch Illuminati.

Netflix turut memberikan pilihan tambahan yang menghalang tajuk tertentu dari dimainkan tanpa pin 4 angka. Ini sesuai digunakan oleh ibu bapa yang mungkin risau Peppa Pig mengandungi elemen yang sensitif walaupun ia diklasifikasikan U – sesuai untuk tonton umum.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 5

2.Kunci Profil Dengan Kata Kekunci

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 6
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 21

Tetapi ini sahaja tidak mencukupi kerana dari pengalaman peribadi remaja dengan hormon tinggi akan mencari jalan untuk memintas halangan yang diletakkan penjaga. Oleh itu jangan lupa untuk mengunci profil. Setiap kali profil ingin digunakan pin kekunci empat angka diperlukan. Untuk mengaktifkannya mudah.

  1. Pergi ke WWW.NETFLIX.COM/YourAccount 
  2. Pergi pula ke Profile & Parental Controls > Pergi ke profil ingin dikunci.
  3. Pergi ke Profile Lock > Change > Masukkan kata laluan.
  4. Letakkan pin 4 angka. Tetapan memerlukan pin untuk menambah profil juga boleh diaktifkan di sini.
  5. Tekan Save.
  6. Profil yang telah dikunci akan mempunyai ikon mangga
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 7
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 22

3.Kawal Penggunaan Data Untuk Setiap Profil

Penggunaan data juga perlu dikawal lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kuota data yang rendah. Kawalan data juga perlu bagi mengelakkan kesesakan pada WiFi di rumah. Untuk mengawal data anda hanya perlu :

  1. Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  2. Tatal ke Profile & Parental Control dan kemudian pilih ke profil yang ingin diubah.
  3. Pergi ke Playback Settings dan tekan Change.
  4. Pilih kualiti penstriman yang diinginkan. Pada tetapan terendah 0.3 GB akan digunakan setiap jam untuk menstrim. Secara lalai ia ditetapkan ke Auto
  5. Tekan Save dan kini anda tidak lagi perlu risau Netflix anda akan menyedut terlalu banyak data.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 8

4.Kawal Saiz Muat Turun

Anda sebenarnya boleh memilih saiz fail setiap kandungan yang dimuat turun. Mungkin kali pertama memuat turun anda memilih saiz besar untuk kualiti visual terbaik tetapi kini ingin mengurangkannya kerana storan peranti tidak mencukupi. Untuk mengubahnya.

  1. Pergi ke ikon akaun anda yang biasanya di bucu atas kanan aplikasi.
  2. Pergi pula ke App Settings > Download Video Quality
  3. Pilih Standard atau High
  4. Anda juga boleh menyahaktifkan Smart Download pada skrin yang sama.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 9

5.Buang Kandungan Dari Baris Continue Watching

Kadang kala anda ingin menonton kandungan secara rawak kerana bosan. Selepas hanya 5 minit anda menyedari kandungan tersebut langsung tidak memenuhi citarasa dan berhenti menonton. Tetapi oleh sebab itu ia akan kekal dipaparkan pada barisan Continue Watching sepanjang masa. Ini mungkin memalukan sekiranya dilihat oleh orang lain. Anda boleh membuang kandungan yang tidak diinginkan dari baris Continue Watching dengan mudah.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 10
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 23
  • Telefon Pintar/ Tablet – Cari thumbnail kandungan yang ingin dibuang > Tekan butang 3 titik > Remove From Row.
  • TV Pintar – Cari thumbnail kandungan yang ingin dibuang > Tekan butang OK > Pilih Remove From Row yang terletak di bawah sekali.
  • Pelayar Web – Cari thumbnail kandungan yang ingin dibuang > Lalukan tetikus pada thumbnail > tekan ikon X pada thumbnail yang kini lebih besar.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 11
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 24

6.Lihat Peranti Yang Mengakses Akaun

Anda sudah membayar langganan bulanan tetapi kerap kali kami melihat pengguna merungut apabila akaun diakses oleh orang lain. Kata laluan anda mungkin sudah tertiris dan ada biawak hidup digital menonton secara percuma menggunakan akaun anda. Untuk memeriksa siapa mengakses akaun anda:

  1. Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  2. Tatal ke Settings
  3. Pergi ke Recent device streaming activity
  4. Lihat sejarah

Berdasarkan senarai peranti ana boleh mengagak sama ada akaun diakses oleh orang yang sepatutnya atau tidak kerana jenis peranti, lokasi dan waktu dipaparkan dengan jelas. Satu lagi cara mudah untuk mengesan akaun digunakan oleh peranti baharu ialah melihat emel yang dihantar Netflix. Setiap kali log masuk dilakukan pada peranti baharu sebuah emel akan dihantar. Jika anda menemukan aktiviti mencurigakan dila ikut tips nombor enam di bawah.

10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 12
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 25

7.Tendang Keluar Peranti Yang Tidak Dikenali

Anda mengesan ada aktiviti mencurigakan yang memberikan petunjuk akaun anda digunakan oleh orang yang tidak dikenali? Jangan panik. Mula-mula tukar kata laluan anda terlebih dahulu. Selepas itu.

  1. Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  2. Tatal ke Settings
  3. Pergi ke Sign out of all devices
  4. Log masuk semula pada peranti milik anda.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 13
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 26

8.Gunakan Ciri Baharu Sebelum Orang Lain

Mahu menikmati pelbagai ciri Beta sebelum diberikan kepada orang ramai? Netflix mempunyai ciri di mana pelanggan boleh memilih menjadi sukarelawan untuk menguji ciri-ciri baharu yang menarik. Jika anda bersedia menjadi tikus makmal sila ikuti langkah di bawah.

  1. Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  2. Tatal ke Settings
  3. Pergi ke Test participation
  4. Pilih untuk menguji ciri baharu dan tekan Done.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 14
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 27

9.Tukar Pelan Langganan

Langganan Netflix semakin mahal di beberapa negara Barat. Maka besar kemungkinan harga langganan di Malaysia akan meningkat di masa hadapan. Tetapi anda belum bersedia untuk mengucapkan sayonara kepada Netflix. Maka pilihan terbaik ialah melanggan kepada pelan lebih murah. Untuk mengubah pelan anda hanya perlu:

  • Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  • Tatal ke Plan Details > Change Plan
  • Pilih pelan baharu
  • Caj baharu dikenakan pada kitaran bayaran yang seterusnya.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 15
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 28

10.Batalkan Akaun

Pelan telah ditukar tetapi anda masih merasakan Netflix tidak lagi berbaloi. Maka satu-satunya jalan keluar ialah dengan membatalkan akaun. Makan tips terakhir kami hari ini ialah cara untuk menamatkan langganan anda yang boleh dilakukan dengan :

  • Pergi ke pautan netflix.com/YourAccount.
  • Tatal ke Membership & Billing > Cancel Membership
  • Caj baharu dikenakan pada kitaran bayaran yang seterusnya.
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 16
10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 29


10 Tips Untuk Menjadi Seorang Ninja Netflix 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list