Artikel Terkini

100 pasangan bakal bersanding pada Karnival MAIWP 2023

100 pasangan bakal bersanding pada Karnival MAIWP 2023
100 pasangan bakal bersanding pada Karnival MAIWP 2023 1

KUALA LUMPUR – Seramai 100 pasangan pengantin dari kalangan asnaf dan mualaf akan diraikan dalam Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Naurah Care Malaysia sempena Karnival MAIWP 2023.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar berkata, program yang dilaksanakan kali kedua itu antara lain bagi memudahkan pasangan-pasangan daripada golongan asnaf atau mualaf untuk berkahwin tanpa perlu menanggung beban kewangan.

Katanya, pihaknya berhasrat program itu dapat dianjurkan lagi secara tahunan dan lebih ramai pasangan dapat menerima manfaat bantuan perkahwinan serta kewangan yang disediakan MAIWP.

“Karnival ini akan berlangsung pada 28 dan 29 Januari 2023, satu program yang berimpak tinggi yang cuba menjadikan MAIWP lebih dikenali dalam kalangan masyarakat.

“Termasuk mengarus perdanakan MAIWP untuk memberi naratif yang baru bahawa MAIWP ini adalah badan milik masyarakat yang perlu disokong,dibantu serta diberi dorongan oleh semua pihak,” katanya ketika sidang akhbar majlis pra pelancaran karnival tersebut di sini hari ini.

Mohd. Daud berkata, melalui karnival itu juga MAIWP mengambil satu pendekatan untuk ‘mengeluarkan’ MAIWP daripada bangunan ke Dataran Merdeka dengan program yang terbuka untuk semua masyarakat berbilang bangsa dan juga agama.

“Majlis ini akan diserikan oleh keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada hari pertama.

“Insyaallah pada hari kedua pula akan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meraikan pasangan yang mendapat skim tajaan perkahwinan ini,” jelasnya.

Katanya, melalui karnival itu juga MAIWP mahu memberikan satu mesej yang jelas di mana organisasi itu mahu berjasa kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.

“Kita juga berhasrat agar karnival ini dapat diadakan secara tahunan. Untuk masa akan datang, kita akan meramaikan lagi pasangan dari semasa ke semasa.

“100 pasangan yang terpilih ini bukan sahaja akan diraikan tetapi turut menerima bantuan kewangan RM2,000 seorang serta pakaian pengantin,” ujarnya.

Mohd. Daud juga berkata, pihaknya juga menjangkakan seramai 500,000 pengunjung akan menghadiri karnival tersebut. – KOSMO! ONLINE


100 pasangan bakal bersanding pada Karnival MAIWP 2023 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo