Sebut sahaja nama Khairulaming pasti hampir semua orang akan mengenalinya. Jika tidak mengenali wajahnya sekali pun, pasti ada yang akan mengingati dan pernah menonton video-video masakan beliau yang sentiasa dikongsikan di media sosial sebelum ini.
Kini selepas beberapa tahun menjadi rujukan penonton dan peminat-peminat masakannya, beliau pada hari ini tampil dengan produk pertama yang dikeluarkannya sendiri iaitu Sambal Nyet.
Bagaimanapun, kali ini bukanlah proses memasak sambal atau resipi sambal itu sendiri yang menjadi tumpuan tetapi ianya jumlah sambal yang terjual pada hari pertama ia dilancarkan.
Menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya beberapa jam yang lalu, beliau mengumumkan sebanyak 10,000 ribu sambal telah habis terjual dalam masa 54 minit.
Ya, 10,000 botol sambal dalam masa di bawah sejam habis terjual.
alhamdulillah 10,000 botol Sambal Nyet semua dah sold out dalam 54 minit. Terima kasih semuaaa 😭 aku nak nangis but i can’t because i have work to do. inshaAllah 2-3 ribu botol pertama akan pos petang ni jgk 🙏🏻 Ya Allah takutnya nak bagi beribu orang rasa. Thank you again 😔❤️ pic.twitter.com/Cbl8SdV4GI
— Khairulaming (@khairulaming) January 6, 2021
Netizen ucap tahniah
Kembali kepada kejayaannya menghabiskan stok sambal keluarannya kali ini, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kejayaannya dalam sejam pertama tadi.
Menurut mereka, kejayaan berkenaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai dan ianya adalah hasil kesungguhan yang telah ditunjukkan beliau sebelum ini dalam menghasilkan resipi dan berkongsi bersama penonton.
Ramai dlm comment dok kira2 untung dlm sejam. Kena fikir jugak hardwork bertahun2. Recipe, logistic, tempat warehouse nk simpan barang, bayar gaji pekerja, delivery proses, packaging, marketing etc. Congrats bro for this milestone. Good luck and keep it up! 💪💪💪💪
— Ahmad Ikhwan Anwar (@IkhwanArmani) January 6, 2021
Gila gila bang! Saya memang adore abang dari zaman saya tak reti masak tomyam😂 sekarang dah banyak reti sebab ikut recipe abang. Terima kasih bang mudahkan orang bujang yang tak reti masak ni 😃
— Muhammad ali hakimi (@Muhdalihakimi) January 6, 2021
Baik lah.. Antara yg hebat dgn bina base yg padu dulu.. Baru buat produk.. Bila fanbase dah ramai.. Sekejap je org beli.. N kalau bagus.. People will keep repeat buying.. Kayoo lah aming pahni..
— AH 🇲🇾 #RakyatJagaRakyat (@amiirulhaqiim) January 6, 2021
congrats bro minmin im always a fan of your fun cooking! your recipe helps me during my quarantine days when i cook for my family! your face at the end shows how much hard work u put in this im so proud of your achievement but i do hope you can restock the sambal nyet! T_T
— ♔ faten HASEUL!!!💚 (@milesfromloona) January 6, 2021
Sambal berkenaan difahamkan mula dijual di laman e-dagang Shopee bermula jam 12.30 tengahari tadi dengan harga RM13.90 sebotol dan stok yang tersedia untuk kali ini adalah sebanyak 10,000 botol.
Jika anda merupakan salah seorang yang terlepas untuk mendapatkan sambal berkenaan, anda tidak berkeseorangan kerana kami juga tidak berjaya mendapatkannya kali ini.
Bagaimanapun, melalui semakan melalui pautan yang diberikan di akaun Twitter-nya, sambal berkenaan kini difahamkan mula dibuka untuk pra-tempah dan akan dihantar dalam masa tujuh hari.
Baca kembali perkongsian kami sebelum ini mengenai surprise yang dibuat Khairulaming kepada pasangan suami isteri yang mengidam untuk merasa masakannya sebelum ini melalui pautan di bawah.
Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Dilakukan Selepas Isteri Mengidam Masakan Khairulaming
‘Masa Tanya Semua Boleh’- Gadis Kecewa Kek Diterima Tidak Sama Seperti Yang Dipesan
Sempat Masak Maggi Dalam Lori Ketika Banjir, Aksi Lelaki Ini Buat Ramai Terhibur
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo
Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo