Artikel Terkini

11 waris tragedi tanah runtuh sudah terima bantuan RM10,000

11 waris tragedi tanah runtuh sudah terima bantuan RM10,000
11 waris tragedi tanah runtuh sudah terima bantuan RM10,000 1

11 waris tragedi tanah runtuh sudah terima bantuan RM10,000
Anwar Ibrahim sebelum ini mengumumkan bantuan RM10,000 untuk setiap keluarga yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali dan RM1,000 untuk mangsa yang selamat.

KUALA LUMPUR: 11 waris mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, 16 Dis lalu, telah menerima bantuan wang ihsan kematian daripada kerajaan sebanyak RM10,000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Armizan Mohd Ali berkata urusan penyaluran bantuan kepada 20 lagi waris mangsa yang terkorban dan 45 mangsa yang selamat akan disalurkan dalam minggu ini.

Mangsa yang selamat menerima bantuan RM1,000 bagi setiap keluarga.

Armizan memaklumkan perkara itu ketika menziarahi dan menyampaikan bantuan tersebut kepada dua waris mangsa yang maut di sini hari ini. Hadir sama Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.

Bantuan tersebut diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika melawat lokasi kejadian tanah runtuh berkenaan.

Pada 25 Disember lalu, waris dua keluarga melibatkan lapan mangsa yang maut yang tinggal di Melaka, menjadi penerima pertama dan kedua bantuan itu.

Terdahulu, Armizan menziarahi Tong Chee Kong yang kehilangan isterinya Lai Lee Koon dan anak lelakinya Tong Kai En dalam tragedi itu yang keseluruhannya mengorbankan 31 orang.

Beliau kemudian bertemu Siti Esah Hassan yang kehilangan anaknya Nurul Azwani Kamaruzaman.

Armizan berkata, mangsa-mangsa yang terlibat adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Armizan memberitahu Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan menyalurkan peruntukan segera sebanyak RM480,000 kepada kerajaan Selangor bagi membolehkan Jabatan Kerja Raya melaksanakan kerja-kerja penyiasatan tapak cerun runtuh di laluan B66 Seksyen 14.0 Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Hulu Selangor.

Tragedi kira-kira 2.30 pagi 16 Dis itu, membabitkan 92 mangsa, dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban, selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan.

Kejadian menyayat hati itu meragut 18 nyawa individu dewasa dan 13 kanak-kanak.


11 waris tragedi tanah runtuh sudah terima bantuan RM10,000 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo