Berita

17,129 mangsa banjir, 9 sungai lepasi paras bahaya di Pahang

17,129 mangsa banjir, 9 sungai lepasi paras bahaya di Pahang 2

Kuantan: Seramai 17,129 mangsa daripada 4,398 keluarga kini berada di 243 pusat pemindahan sementara (PPS) di 10 daerah di Pahang pada pagi hari ini.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 14,616 mangsa daripada 3,891 keluarga yang dipindahkan ke 208 PPS pada 9 malam tadi.

Sebanyak 44 PPS dibuka di Raub ketika ini diikuti Lipis (42), Jerantut (37), Temerloh (24), Rompin (10), Pekan (sembilan), Bera (enam) dan Bentong (tiga).

Sementara itu, laporan infobanjir.water.gov.my memaklumkan sebanyak sembilan sungai masih melepasi paras bahaya pagi hari ini berbanding 11 sungai semalam.

Sungai terbabit ialah di Sungai Jelai di Bukit Betong dan Sungai Jelai di Jeram Bungor, Lipis; Sungai Tembeling di Kuala Tahan dan Sungai Pahang di Sungai Yap, Jerantut.

Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku, Maran; Sungai Lepar di Jambatan Gelugor di sini serta Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Pahang di Serambi (Paloh Inai), Pekan

Dua sungai yang melepasi paras amaran pula ialah Sungai Pahang (Lubuk Oasu) di Temerloh (Lubuk Pasu) dan Sungai Triang di Triang, manakala Sungai Belat di Sri Damai di sini, berada di paras berjaga-jaga.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada dengan hujan lebat di Cameron Highlands, Lipis dan Jerantut, hari ini.

Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Pahang sehingga Khamis ini.

17,129 mangsa banjir, 9 sungai lepasi paras bahaya di Pahang 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo