Berita

2 remaja masuk hospital disengat obor-obor

2 remaja masuk hospital disengat obor-obor 2

Labuan: Dua remaja lelaki dimasukkan ke hospital selepas dipercayai disengat obor-obor kotak ketika berenang di pantai Sungai Miri, di sini, semalam.

Kedua-dua mangsa berkelah bersama keluarga mereka di pantai itu sebelum insiden berlaku pada 11 pagi dan segera dikejarkan ke Hospital Labuan untuk rawatan serta dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata, sepasukan anggota daripada Cawangan Perlindungan Sumber dihantar ke lokasi kejadian untuk melakukan pemantauan dan mengambil sampel.

“Kami menerima laporan mengenai insiden remaja disengat obor-obor… dan pasukan kami ke pantai terbabit untuk menentukan spesies plankton itu.

“Kami berharap obor-obor yang menyerang kedua-dua remaja bukan daripada spesies Portuguese man o’ war yang terkenal kerana sengatan berbisanya.

“Oleh itu, kami ingin menasihati pengunjung pantai agar mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak mengambil risiko apabila terlihat obor-obor itu di dalam air,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Profesor Madya Dr B A Venmathi Maran daripada Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, ia mungkin obor-obor kotak.

“Di perairan Sabah, kami menemukan hanya satu spesies iaitu Chironex yamaguchii yang terdapat di semua perairan pantai Sabah tetapi ini adalah maklumat pertama mengenai obor-obor kotak yang diterima dari Labuan setakat yang saya tahu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau memberi amaran bahawa pada kebiasaannya, cuaca kering dan panas menyebabkan spesies ini bertambah banyak dari sekarang hingga Jun.

Pada 2019, sekurang-kurangnya enam orang disengat di Sabah, yang menyaksikan seorang daripada mereka maut iaitu kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kota Belud manakala di Pulau Sapi, satu kematian dilaporkan pada 2006.

Saintis UMS itu berkata, perenang dan pengunjung pantai hendaklah berhati-hati dengan obor-obor ini kerana ia berbahaya dan sengatannya boleh membunuh jika tidak diberikan rawatan segera.

“Obor-Obor kotak adalah telus dan sukar dilihat di dalam air, sengatannya boleh mengakibatkan serangan jantung dan pernafasan terhenti selain kesakitan yang tidak tertanggung.

“Oleh itu terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa perenang tidak menyedari kehadiran haiwan itu sehinggalah mereka disengat,” katanya.

Beliau berkata susulan kes itu, populasi obor-obor dijangka lebih tinggi serta menjejaskan perairan Sabah dan Labuan susulan cuaca pada bulan-bulan yang mendatang.

“Jika anda disengat, letakkan cuka di tempat luka selama 30 hingga 45 saat untuk menyahaktifkan nematosista yang tidak habis dikeluarkan pada tentakel (obor-obor), jangan gosok.

“Segera dapatkan rawatan perubatan. Lebih baik mengelak kawasan di mana obor-obor diketahui berada. Saya meminta pihak berkuasa untuk meletakkan papan tanda amaran di pantai.

“Lebih baik memakai pakaian pelindung yang menutup seluruh tubuh dan membawa cuka jika anda ke pantai,” katanya.

2 remaja masuk hospital disengat obor-obor 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo