Berita

393 ditahan ingkar PKP | Harian Metro

393 ditahan ingkar PKP | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Seramai 195 individu terbabit aktiviti pusat hiburan antara 393 individu yang ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan lain yang dikesan adalah tidak memakai pelitup muka (89), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (70), gagal mematuhi penjarakan fizikal (36) dan lain-lain (3).

Menurutnya, daripada jumlah itu, 372 individu dikompaun manakala 21 direman.

“Pasukan operasi pematuhan membuat 48,336 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPP.

“Sebanyak 2,845 Pasukan Pematuhan membabitkan 12,362 anggota membuat pemantauan di 3,482 pasar raya, 4,684 restoran, 1,699 penjaja, 1,430 kilang, 3,310 bank dan 716 pejabat kerajaan.

“Turut dipantau 969 terminal pengangkutan darat, 216 terminal pengangkutan air serta 90 terminal pengangkutan udara,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menerusi Op Benteng, Ismail Sabri berkata, 49 pendatang asing tanpa izin (Pati) dan dua tekong ditahan serta tujuh kenderaan darat dirampas.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, sejak 24 Julai sehingga semalam, 99,573 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan mereka ditempatkan di 76 hotel serta 17 Institut Latihan Awam (ILA) termasuk swasta.

“Daripada jumlah itu, 7,985 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib, 540 individu dihantar ke hospital untuk rawatan dan 91,048 individu dibenarkan pulang,” katanya.

393 ditahan ingkar PKP | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo