Artikel Terkini

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 1

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 2

Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..

Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :

SODA BIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 3

CUKA
Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 4

UBAT GIGI
Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 5

MAYONIS
Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan membulat dan bilas dengan air.

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 6

4 Bahan Boleh Jumpa Di Rumah Ini Berkesan Hilangkan Kesan Conteng Pada Dinding Dengan Mudah 2

Source link