Infotainment

“48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman”

“48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman”
"48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman" 1

Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu termasuk dua selebriti iaitu Lan Solo dan Syura Badron untuk membuat permohonan maaf berhubung tuduhan fitnah dilemparkan kepadanya baru-baru ini.

Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana berkata, jika mereka gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan saman.

BACA: Siti Nordiana Menangis Setiap Kali Berzikir, Terkenang Dosa Lalu

Difahamkan, semalam Nana melalui peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin juga membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Laporan polis itu dibuat untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan nama dan reputasinya sebagai artis.

Tambah Abang Azlan lagi, jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada kelima-lima individu tersebut, maka tindakan saman akan diambil ke atas mereka.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila nama Siti Nordiana disebut-sebut dalam sesi IG Live disertai penyanyi, Lan Solo bersama isterinya, Shiela, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Menerusi sesi live tersebut, Shiela meluahkan rasa tidak puas hati apabila suaminya, Lan Solo dikatakan menumpang populariti Nana hehingga ada pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepada mereka disebabkan oleh ‘mulut’ Siti Nordiana.


"48 Jam Untuk Permohonan Maaf Atau Saya Saman" 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo