Artikel Terkini

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil 1

Jika tidak kena caranya, bahan mentah seperti ikan, daging atau ayam pasti akan meninggalkan bau hanyir. Hidangan akan jadi kurang menyelerakan jika masakan dengan bahan ini tidak dilakukan dengan sempurna.

Bagaimana bau hanyir boleh timbul? Ikan akan memberi reaksi kimia yang dipanggil trimethylamine oksida iaitu proses pereputan apabila ikan sudah mati dan terdedah kepada udara. Disebabkan itu anda akan terhidu bauan yang kurang menyenangkan terutama ikan lama.

Jadi, bagaimana pula untuk menghilangkan bau hanyir pada bahan mentah? Semak senarai ini :

1. Sitrus (Lemon, Limau, Oren)

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil 2

Sitrus amat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir secara semula jadi. Ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk.

Caranya, anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan biarkan selama beberapa minit. Cuci bersih dan keringkan menggunakan tisu dapur sebelum sedia dimasak.

2. Daun Betik

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil 3

Jika ada menanam pokok betik di halaman rumah, sila manfaatkan daunnya. Selain daunnya dibuat ulam, ia juga berfungsi untuk mengempukkan daging dalam masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.

Caranya mudah sahaja, ambil beberapa helai daun betik, ramas dan ambil airnya. Seterusnya, cuci daging dengan air perahan daun betik dan biarkan seketika, kemudian cuci hingga bersih.

3. Halia

Halia merupakan herba campuran bahan masakan, mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk apabila dimasak.

Caranya, titik sedikit halia dan lumurkan di atas ikan atau daging dan biarkan selama 30 minit sebelum dimasak. Gunakan halia untuk hidangan stim ikan, bukan sahaja memberi kelazatan malah mampu menghilangkan bau hanyir ikan.

4. Campuran cuka dan tomato

Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir malahan boleh membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.

Campurkan sedikit cuka bersama air, rendam bahan mentah seperti ikan atau daging di dalamnya dan biarkan selama lima minit. Kemudian, bilas dan keringkan dengan menggunakan tisu dapur sebelum diperap atau dimasak.

5. Nanas

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil 4

Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam.

Caranya, parut nanas kemudian gaulkan dengan daging, ikan atau ayam. Biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.

6 Bahan Dapur Berkesan Hilangkan Bau Hanyir Yang Degil 1

Source link