Berita

7 kluster aktif di Pulau Pinang

7 kluster aktif di Pulau Pinang 1

7 kluster aktif di Pulau Pinang 2

H: 7 kluster aktif di Pulau Pinang

Nur Izzati Mohamad

[email protected]

Georgetown: Pulau Pinang merekodkan tujuh kluster aktif Covid-19 sekali gus memerlukan perhatian di kalangan penduduk untuk sentiasa berwaspada supaya tidak merebak.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow, berkata Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan tujuh kes aktif itu membabitkan Kluster Penjara Reman; Kluster Penjara Seberang Perai; Kluster Bayan; Kluster Tembaga; Kluster Permatang; Kluster Alma dan terbaharu adalah Kluster Intan.

“Selain itu beberapa kawasan di daerah Barat Daya iaitu Mukim 12 dan Mukim 13 kini bertukar menjadi zon merah, selain Mukim Georgetown bagi Kluster Penjara Reman dan Mukim 6 bagi Kluster Penjara Seberang Perai.

“JKNPP mencadangkan supaya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Penjara Reman dan Kuarters Penjara Reman Negeri Pulau Pinang yang akan tamat pada 11 November ini supaya tidak disambung, dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Manakala PKPD bagi Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai dilanjutkan selepas tarikh tamat pada 18 November ini di mana Majlis Keselamatan Negara Pulau Pinang (MKNPP) akan membawa cadangan berkaitan ke peringkat pusat bagi pertimbangan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini

Katanya, bagi membendung Kluster Intan yang majoritinya di Mukim 13 di daerah Barat Daya merebak, JKNPP diminta meneruskan pemantauan dan mempertimbangkan sama ada PKPD perlu dilaksanakan memfokuskan lokaliti-lokaliti khas berkaitan.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, MKNPP turut memohon JKKNPP untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) pusat berhubung pengoperasian pusat jagaan kanak-kanak swasta demi keperluan ibu bapa yang perlu bekerja sepanjang tempoh PKPB.

“Bagi aktiviti keagamaan untuk agama Islam dan bukan Islam, garis panduannya akan diperhalusi dan ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang serta kerajaan negeri termasuk perincian SOP bagi sambutan Deepavali di negeri ini.

“Untuk memastikan tiada pergerakan rentas negeri, Ketua Polis Pulau Pinang memaklumkan sebanyak 31 lokasi sekatan jalan raya (SJR) dijalankan sepanjang tempoh PKPB dengan membabitkan 1,294 keanggotaan,” katanya.

Katanya, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa termasuk pembukaan taman dan lokasi rekreasi di bawah seliaan masing-masing.

7 kluster aktif di Pulau Pinang 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo