Infotainment

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 2

Suku pertama tahun 2021 telahpun berlalu dengan begitu pantas dan penawaran peranti-peranti serta komputer baharu kembali rancak meski dalam norma baharu. Beberapa minggu lalu HUAWEI telahpun mengumumkan siri komputer riba mereka yang terbaru iaitu HUAWEI MateBook 2021.

Sekiranya anda sedang mencari-cari komputer riba baharu, berikut merupakan 7 sebab kenapa anda seharusnya memiliki salah satu komputer riba dari siri MateBook yang terkini. 

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 3

Dengan Cip Intel Generasi ke-11 Yang Berprestasi Tinggi

Apabila bercakap mengenai komputer riba, perkara yang paling perlu dititikberatkan adalah keupayaan cip pemprosesannya. Ini kerana anda membeli komputer riba bagi melakukan tugasan yang perlu disempurnakan, dan komputer anda seharusnya dapat melaksanakan tugasan tersebut dengan pantas.

Pada komputer riba HUAWEI MateBook D 15 Edisi ke-11, MateBook 14, dan MateBook X Pro, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini iaitu Intel Core generasi ke-11 yang mempunyai empat teras, memberikan prestasi yang 42.6% jauh lebih baik dalam melaksanakan sebarang multi-tugasan secara serentak. 

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 4

Hal ini dijayakan dengan saiz cip pemprosesan Intel yang kini melalui proses terkini 10nm SuperFin, membolehkan cip ini beroperasi dengan lebih efisien berbanding cip yang terdahulu. Dan dengan cip ini juga, ia bukan sahaja berprestasi tinggi, malah lebih dari dapat menyokong keperluan penggunaan seharian juga keperluan untuk memainkan kandungan multimedia seperti menonton filem atau bermain permainan video. 

Dilengkapi Spesifikasi Yang Pantas Dan Berkuasa

Melengkapi cip pemprosesan yang berkuasa adalah kelengkapan lain yang juga dapat memaksimumkan potensi yang diberikan oleh HUAWEI MateBook ini. Selain cip Intel Generasi ke-11, komputer riba ini juga hadir dengan RAM 16GB dual-channel 3200 MHz DDR4 yang menjamin kelancaran multi-tugasan, membolehkan anda membuka pelbagai aplikasi pada satu masa yang sama, tanpa sebarang gangguan.

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 5

Ditambah pula dengan storan NVMe PCIe SSD ia membolehkan aplikasi dan pengoperasian pelayar internet, video, gambar dapat dilancarkan dengan cepat tanpa sebarang lengah yang boleh melambatkan produktiviti. Malah lebih dari itu, HUAWEI turut menyertakan teknologi rangkaiannya yang tercanggih, iaitu Wi-Fi 6 2×2 MIMO dwi-antena yang memberikan kelajuan penghantaran data yang lebih pantas dan stabil berbanding Wi-Fi 5.

Kualiti Visual Yang Cemerlang Dalam Kelasnya

Setelah dilengkapi dengan spesifikasi yang tinggi, paparan visualnya wajiblah menunjukkan hasil kualiti janaan yang tinggi. Bagi menunjukkan kualiti visual yang tinggi, HUAWEI hadir dengan konsep ‘FullView Display’ pada komputer riba, yang menitikberatkan pengalaman visual yang terbaik kepada pengguna.

Pada komputer riba terbaharu HUAWEI MateBook D 14, MateBook D 15 Edisi ke-10, MateBook D 15 Edisi ke-11, MateBook 14 dan MateBook X Pro, kesemua ini membawakan nisbah sempurna paparan skrin yang memberikan kualiti sinematik sempurna kepada pengguna dan paparan skrin ini hadir pada saiz dari 13-inci sehingga 15-inci.

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 6

Fungsi ini dicapai menerusi nisbah skrin-ke-badan sehingga 91%, yang mana ia membuatkan bahagian bingkai paparan komputer riba ini tidak mengganggu pengalaman pengguna sewaktu menonton video mahupun melakukan tugasan. 

Bagi menyempurnakan pengalaman pengguna, paparan skrin siri MateBook ini juga mempunyai pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light yang membolehkan pengguna tidak akan merasa kerengsaan pada mata apabila menggunakan komputer riba ini untuk satu jangkamasa yang lama. 

Kebolehan Multi-Tugasan Yang Sangat Memudahkan

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 7

Komputer riba yang tidak boleh melakukan multi-tugasan adalah umpama sempoa yang hanya boleh mengira tetapi tidak boleh memproses data. Kesemua siri HUAWEI MateBook 2021 menyokong multi-tugasan menerusi fungsi Huawei Share yang telah ditambah baik dan juga Multi-Screen Collaboration, yang membolehkan kolaborasi dilakukan pada paparan skrin yang berbeza sehingga 3 aplikasi. 

Pengguna hanya perlu ‘menyentuhkan’ telefon pintar dengan komputer riba bagi mengaktifkan Multi-Screen Collaboration. Apabila fungsi ini aktif, pengguna boleh melakukan pelbagai perkara meskipun berhubung diatas sistem operasi yang berbeza, iaitu Windows dan peranti HUAWEI yang dilengkapi fungsi NFC. 

Antara perkara yang boleh dilakukan termasuklah penghantaran fail-fail semudah menyeret dan melepaskannya, menyunting dokumen, dan melakukan operasi Copy & Paste diantara dua peranti berbeza. Untuk pengalaman penggunaan yang setapak lebih kehadapan, pengguna juga boleh menjalankan sehingga tiga aplikasi dari telefon pintar, terus kepada komputer riba MateBook terbaharu ini menerusi fungsi HUAWEI Share.

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 8

Dan sebagai contoh simulasi penggunaan, anda boleh menjalankan aplikasi membeli-belah, sambil menyemak maklumat berkenaan produk tersebut serta harganya menerusi aplikasi berita, dan menghubungi rakan anda untuk berbincang barang rumah apa yang patut dibeli pada minggu ini. Ini sekaligus memudahkan sebarang tugasan dilakukan.

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 9

Pengimbas Cap Jari Memudahkan Log Masuk

HUAWEI yang turut dikenali sebagai penyedia infrastruktur telekomunikasi, sememangnya memahami maksud ‘mudah-alih’. Pengguna sebegini memerlukan peranti pantas yang boleh dilog-masuk dengan pantas pada bila-bila masa. 

Menjayakan keperluan ini adalah butang kuasa yang turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari. Justeru apabila pengguna menghidupkan komputer riba HUAWEI MateBook dengan satu jari, ia terus melakukan log-masuk tanpa memerlukan pengguna untuk menaip kata laluan, sekaligus menjimatkan masa pengguna.

Penjimatan Tenaga Bagi Waktu Bersedia Lebih Lama

Sekali lagi apabila bercakap mengenai dunia mudah-alih, HUAWEI sememangnya memahami apa yang pengguna mahukan bagi membolehkan mobiliti ini. Justeru peranti apapun yang bersandarkan dengan faktor mudah-alih perlu mempunyai waktu bersedia yang lama. 

Pada siri HUAWEI MateBook 2021 ini, ia membawakan waktu bersedia yang lama malah pada tahap bateri dengan pengecasan penuh, komputer riba ini masih boleh beroperasi sehingga 10 jam jika pengguna berterusan memainkan video. Ini salah satu fungsi penjimatan tenaga yang dijayakan oleh teknologi Huawei Intelligent Power Saving yang sememangnya menguntungkan pengguna. 

Turut Disertakan Dengan Aksesori Berguna dan Bermakna

Akhir sekali melengkapi kesemua ciri diatas, HUAWEI MateBook juga menyediakan aksesori tambahan percuma untuk pengguna. Pengguna boleh menikmati aksesori percuma yang bernilai sehingga RM 498. Berikut merupakan senarai harga dan juga aksesori percuma untuk setiap model siri HUAWEI MateBook 2021.

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 10

Jadi apa tunggu lagi? Dapatkan komputer riba HUAWEI MateBook Siri 2021 ini di kedai dalam talian HUAWEI, ataupun kedai fizikal HUAWEI Experience Store mahupun pengedar rasmi seperti Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Courts.  

Beli dari Kedai Dalam Talian Huawei: Siri HUAWEI MateBook 2021

Beli dari Senheng: Siri HUAWEI MateBook 2021

Beli dari SenQ: Siri HUAWEI MateBook 2021

Penafian: Advertorial Dari HUAWEI Malaysia

7 Sebab Bagi Menyakinkan Anda Memiliki Komputer Riba HUAWEI MateBook 2021 – Amanz 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo